Saturday 30 November 2019

WMJ01B_MR5 YORK aircon PCB repair

Sebelum ini saya pernah membaiki papan litar seperti ini dan anda boleh membacanya di sini.

WMJ01B_MR5
WMJ01B_MR5

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Hari ini saya dirujuk papan litar yang sama tetapi masalah yang berbeza iaitu tiada arus elektrik untuk kegunaan kompressor penghawa dingin tersebut.

Bahagian belakang papan litar

Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang komponen yang rosak namun saya syak relay telah rosak. Jadi untuk memeriksa relay tersebut kita perlu keluarkannya daripada papan litar dengan hanya membuang pateri pada keempat-empat terminalnya di papan litar seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Bahagian bawah relay...

Setelah relay tersebut dikeluarkan, cara untuk memeriksanya ialah seperti berikut:-

  1. Sambungkan 12vdc kepada terminal 1 & 2 (bunyi 'klik' akan kedengaran jika solenoid masih elok)
  2. Ukur 'continuity' pada terminal 4 & 5 dengan multimeter.

Jika multimeter tidak menunjukkan 'continuity' bermaksud relay tersebut telah rosak.

Relay telah dikeluarkan...

Pemeriksaan di atas mendapati relay tersebut menghasilkan bunyi 'klik' ketika saya bekalkan 12vdc kepada terminal 1 & 2 namun tiada 'continuity' pada terminal 4 & 5.

Kiri: relay baru, kanan: relay rosak

Ketika membeli relay yang baru, pastikan terminalnya bersesuaian dengan papan litar dan pastikan juga voltannya sama iaitu 12vdc serta kemampuan relay tersebut dalam unit ampere. Relay yang saya perlukan disini ialah 20A, 12vdc.

Siap...

Cara-cara mengenalpasti kerosakkan relay boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Friday 29 November 2019

Cara memeriksa N-Channel MOSFET

Hari ini saya kongsikan cara bagaimana memeriksa N-Channel MOSFET dengan menggunakan multimeter analog atau multimeter digital.
N-Channel MOSFET
Semua N-Channel MOSFET mempunyai 3 terminal seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan dibawah.
  • G = Gate
  • D = Drain
  • S = Source
G = Gate, D = Drain, S = Source
Cara untuk memeriksa ialah seperti berikut:-
Multimeter Analog (Laraskan multimeter ke bahagian Ω)
  1. Letak terminal +ve multimeter ke S (source) pada MOSFET
  2. Letak terminal -ve multimeter ke D (Drain) 
  3. Pindah terminal -ve multimeter ke G (Gate) & kembali ke D (Drain)
  • Anda akan mendapat bacaan selepas tamat ketiga-tiga proses di atas selesai.
Multimeter Digital (Laraskan multimeter ke bahagian untuk memeriksa diod)
  1. Letak terminal -ve multimeter ke S (source) pada MOSFET
  2. Letak terminal +ve multimeter ke D (Drain) 
  3. Pindah terminal +ve multimeter ke G (Gate) & kembali ke D (Drain)
  • Anda akan mendapat bacaan selepas tamat ketiga-tiga proses di atas selesai.
Lihat klip video di bawah untuk penerangan yang lebih jelas.
Satu lagi yang boleh diperiksa ialah diod di antara terminal drain (D) dan Source (S). Guna multimeter analog atau digital dan ianya hanya membenarkan pengaliran arus sehala sahaja.

Selamat mencuba...

Thursday 28 November 2019

YETPlus YET-501 electronic transformer for halogen light repair

Hari ini saya mendapat pengalaman baru membaiki transformer elektronik berjenama YETPlus, Model: YET-501 untuk membekalkan 12vac kepada lampu halogen.
Model: YET-501
Ketika dirujuk kepada saya, ianya tidak menghasilkan sebarang output dan lampu halogen tidak menyala.
Lampu halogen
Setelah dibuka dan diperiksa dengan multimeter, hanya sebiji perintang dengan nilai 430kΩ (kuning, oren, kuning) didapati putus seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Perintang 430kΩ putus...
Saya menghadapi masalah bekalan perintang 430kΩ dan terpaksa menggabungkan dua perintang untuk mendapatkan nilai yang terdekat iaitu gabungan 390kΩ dan 51kΩ.
51kΩ + 390kΩ = 441k Ω
Gabungan 390kΩ dan 39kΩ lebih dekat dengan 430kΩ namun bekalan 39kΩ juga tiada. Jika dilihat pada perintang asal tersebut, warna terakhir padanya ialah kelabu iaitu +/-10%. jadi 441kΩ yang saya guna masih dalam lingkungan +/-10% dan boleh serta selamat digunakan.
Perintang baru...
Setelah perintang tersebut saya ganti dengan yang baru dan diukur dengan multimeter, kini ia cuma menghasilkan 1.2vac sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Testing - 1.2Vac (tanpa lampu)
Seterusnya saya sambungkan sebiji lampu halogen dan ianya menyala dengan terang seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Testing...
Bacaan voltan yang saya dapat selepas disambung kepada lampu halogen ialah 12.31vac.
Testing - 12.31vac (dengan lampu)
Maksudnya transformer elektronik tersebut hanya menghasilkan voltan yang diperlukan setelah disambung kepada lampu halogen.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Wednesday 27 November 2019

JOVEN SA10e water heater repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah 'water heater' berjenama JOVEN, Model: SA10e dengan masalah tidak dapat dihidupkan langsung selepas arus elektrik dibekalkan.
Jenama: JOVEN, Model: SA10e
Sebelum ini saya pernah membaiki beberapa buah 'water heater' juga berjenama JOVEN tetapi model yang berbeza. Anda boleh membacanya di sini, sini dan sini.
Setelah penutup dibuka...
Perbezaan model ini dengan model yang pernah saya baiki dahulu hanya pada rekabentuk (design) luaran sahaja. Hampir kesemua komponen dan papan litar yang digunakan adalah sama seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Fius & Varistor meletup...
Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang didapati rosak dan boleh dilihat dengan mata kasar ialah seperti pada gambar di atas iaitu:-
  1. Fius 1A, 250v putus
  2. Varistor S14K275 meletup
Komponen yang rosak...
Sebelum saya menukar komponen tersebut dengan yang baru, saya periksa elemen pemanasnya, thermal fuse serta reed switch dan kesemuanya berkeadaan baik.
Elemen pemanas masih elok, 15Ω
Jadi, untuk percubaan pertama saya gantikan fius sahaja dan bekalkan arus elektrik kepada 'water heater' tersebut dan lampu hijau kembali menyala.
Testing - tanpa varistor
Apabila saya laraskan thermostatnya, lampu merah juga menyala. Ini bermaksud kesemuanya masih elok walaupun saya tidak memasang varistor.
Testing - tanpa varistor
Setelah berpuas hati dengan ujian di atas, saya pasang varistor yang baru dan uji semula. Kesemuanya berfungsi sepenuhnya seperti biasa.
Buka komponen yang rosak...
Untuk makluman semua, fungsi varistor tersebut ialah untuk keselamatan papan litar dan ia dilabel 275v. Maksudnya ia hanya bertahan sehingga 275v sahaja. Sila tonton klip video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut fungsi varistor.
Tukar dengan yang baru dan sepadan...
Varistor yang elok jika diperiksa dengan menggunakan multimeter (laraskan multimeter ke bahagian Ω) dan anda tidak mendapat sebarang bacaan. Jika multimeter anda menunjukkan bacaan ketika diukur,  bermaksud varistor tersebut telah rosak dan harus di ganti.
Testing...
Kesimpulan kerosakan 'water heater' ini ialah ianya rosak akibat bekalan arus elektrik yang melebihi had varistor iaitu 275v. Pastikan anda gantikan varistor yang baru dengan nilai (rating) yang sama untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada anda mahupun peralatan elektrik anda.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Tuesday 26 November 2019

Panasonic KX-T2371MLW telefon repair

Kadang-kadang barang yang dihantar oleh pengguna kepada kita untuk dibaiki itu sebenarnya tidak rosak.
Jenama: Panasonic
Saya dirujuk sebuah telefon berjenama Panasonic KX-T2371MLW dengan masalah tidak berdering dan setelah saya uji ianya memang tidak berdering.
Model: KX-T2371MLW
Sebelum saya buka untuk membuat pemeriksaan, saya biasanya akan memeriksa apa-apa yang boleh dilaras untuk memenuhi kehendak pengguna seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Pilih mengikut kesesuaian anda...
Jika dilihat pada gambar di bawah, 'ringing mode' telah di laras ke 'Off' dan sudah pasti telefon tidak akan berdering ketika menerima panggilan.
Pilih mengikut kehendak anda...
Jadi, untuk membetulkan supaya telefon tersebut akan berdering ketika menerima panggilan, kita cuma perlu laraskannya ke 'low' atau 'high' sahaja.
Tested - ok

Selamat mencuba...


Monday 25 November 2019

METERK E2877 digital multimeter

Multimeter merupakan salah satu peralatan yang harus dimiliki jika anda berkecimpung dalam bidang yang berkaitan dengan elektrik dan elektronik.
METERK E2877
Terdapat bermacam-macam jenis multimeter yang ada di pasaran dan pemilihan yang sesuai amatlah penting untuk kegunaan masing-masing.
Isi kandungan yang ada dalam setiap pembelian...
Secara amnya multimeter terbahagi kepada dua jenis iaitu analog dan digital. Jika anda berada dalam bidang elektronik, anda harus memiliki kedua-dua multimeter analog dan digital.
Siap untuk diguna...
Selama ini banyak multimeter yang telah saya guna dan tidak terkecuali dengan kerosakan disebabkan multimeter yang tidak bermutu atau akibat kecuaian sendiri.
Ukur voltan AC
Hari ini saya kongsikan kepada anda sebuah multimeter digital yang saya beli dan setakat ini paling sesuai dengan kerjaya saya dalam bidang elektronik.
Ukur voltan DC
Ianya saya beli dengan harga RM36.00 sahaja dan saya tidak pasti kenapa begitu murah sedangkan ianya boleh dikatakan semua dalam satu (all in one) untuk kegunaan harian saya.
Ukur rintangan & diod...
Sebelum ini saya memerlukan 3 multimeter iaitu:-
  1. Multimeter analog
  2. Multimeter digital
  3. Capacitance meter (khas untuk mengukur kapasitor)
Ukur nilai kapasitor (capacitance)
Kini dengan multimeter ini saya boleh menjalankan tugas harian hanya dengan satu multimeter sahaja. Biasanya saya guna multimeter analog hanya untuk kepastian sahaja sebab kadang-kadang multimeter digital boleh menipu kita dan anda boleh membaca contoh bagaimana multimeter digital menipu kita di sini .
Ukur frekuensi (Hz)
Salah satu kelebihan utama multimeter ini ialah ianya boleh memilih julat yang diperlukan secara automatik tanpa dilaras. Sebagai contoh, katakan kita ingin mengukur transformer yang menghasilkan voltan 18v dan jika menggunakan multimeter biasa kita perlu laraskan julat yang sesuai sebelum mengukur dan jika tersalah laras, multimeter tersebut akan rosak.
Ukur suhu (Celcius/Fahrenheit)
Dengan multimeter ini, kita cuma perlu laraskan ke bahagian voltan dan pilih jenis voltan yang ingin diukur iaitu AC atau DC sahaja.
Periksa transistor (NPN/PNP)
Satu lagi kemampuan tambahan multimeter ini yang saya perlukan ialah untuk mengukur nilai kapasitor. Sebelum ini saya perlu guna meter khas yang dinamakan sebagai 'capacitance meter'. Kini saya boleh guna meter yang sama dan cuma laraskan ke bahagian kapasitor untuk mengukur nilai kapacitor AC dan DC.
NCV - non contact voltage
Multimeter ini juga dilengkapi dengan kemampuan mengukur suhu (temperature) dan selain daripada itu ianya juga mampu mengesan pengaliran arus elektrik tanpa sentuhan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Jadi anda tidak perlukan 'test pen' lagi selepas memiliki multimeter ini.
NCV
Peringatan saya kepada pemilik multimeter supaya elakkan menggunakan multimeter untuk mengukur arus elektrik (ampere). Multimeter ini cuma mampu mengukur sehingga 10A. Sebagai contoh jika anda ingin mengukur arus elektrik bateri kereta iaitu lebih daripada 10A, multimeter anda akan rosak serta-merta walaupun dilengkapi dengan fius.
NCV
Tiada masalah jika anda bekerja di tempat yang kurang pencahayaan sebab ia dilengkapi dengan backlight seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Backlight warna putih
Ianya juga dilengkapi dengan lampu LED yang terang dan boleh digunakan sebagai lampu suluh ketika 'blackout' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Lampu LED menyala bila backlight dihidupkan...
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut spesifikasi serta kemampuan multimeter ini, anda boleh membacanya di sini.

Kadang-kadang kita lupa padam multimeter selepas digunakan dan bateri boleh habis jika dibiarkan semalaman. Jika voltan bateri tidak cukup, bacaan juga kurang tepat. Jangan risau dengan multimeter ini sebab ia akan padam sendiri setelah beberapa minit tidak digunakan.
Boleh lekatkan 'test probe' pada belakang - kemas
Multimeter merupakan peralatan yang mudah rosak jika disalah atau tersalah guna. Jadi nasihat saya ialah jangan kongsi multimeter anda dengan orang lain. Tidak perlu buang wang yang banyak untuk membeli multimeter mahal seperti jenama FLUKE dengan harga mencecah ribuan ringgit. Cukup dengan multimeter murah seperti ini, jika rosak boleh beli yang baru semula bila-bila masa. Harga sebuah multimeter berjenama FLUKE boleh digunakan untuk membeli hampir 20 buah multimeter ini.

Jangan tunggu lagi, jika anda masih tercari-cari multimeter semua dalam satu (all in one) saya syorkan anda pilih multimeter ini. Jika anda ada menemui multimeter yang serbaguna dan lebih baik daripada ini, sila bagitau saya dengan meninggalkan komen anda di ruangan komen di bawah.

Terima kasih.

Sunday 24 November 2019

Motorola walkie talkie adapter repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki transformer/adapter berjenama MOTOROLA, Model: 48180090-B2 dengan masalah tiada output.
Jenama: Motorola
Transformer ini membekalkan output 18v, 900mA seperti boleh dilihat pada gambar di bawah untuk kegunaan mengecas walkie talkie.
Model: 48180090-B2
Ketika saya ukur outputnya dengan multimeter digital, ianya menunjukkan bacaan 5.63v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah namun apabila saya mengukur dengan menggunakan multimeter analog, ianya tidak menunjukkan sebarang bacaan langsung.
AC output: 5.63VAC
Papan litar pada transformer tersebut hanya mengandungi 4 biji diod sahaja yang berfungsi untuk menukar arus ulang-alik (AC) ke arus terus (DC) dan tidak rosak apabila diperiksa dengan multimeter.
Thermal fuse putus...
Kini yang tinggal cuma solenoid transformer sahaja dan setelah diperiksa ianya tidak putus namun terdapat dua terminal seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas tiada 'continuity'. 
Keluarkan thermal fuse...
Setelah dibuka, rupa-rupanya transformer ini dilengkapi dengan thermal fuse dan ianya putus. Fungsi thermal fuse pada transformer ialah untuk melindunginya jika panas melampau dan tidak semua transformer dilengkapi dengan thermal fuse.
Atas: Thermal fuse baru
Apabila dibelek thermal fuse tersebut, saya tidak menjumpai sebarang label yang memberitahu berapa suhu thermal fuse tersebut. Namun nasib agak baik sebab ianya ada tercatat pada label bahagian luar transformer seperti boleh dilihat pada gambar kedua di atas iaitu 130C.
Gantikan thermal fuse baru...
Setelah thermal fuse tersebut saya tukar dengan yang baru dan diuji, kini ianya kembali berfungsi dan masih boleh digunakan.
Bungkus elok-elok..
Ini lah kelebihan jika kita membeli barangan yang berjenama sebab ianya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan boleh dibaiki. Jika transformer tersebut tidak dilengkapi dengan thermal fuse dan mengalami panas melampau, cuba bayangkan apa yang mungkin akan berlaku...
Tested - ok
Selamat mencuba...