Wednesday 31 July 2019

How to check voltage regulator

Voltage regulator banyak digunakan di dalam peralatan elektronik dan terdapat bermacam-macam jenis voltage regulator yang ada di dalam pasaran.
Voltage regulator
Gambar di atas merupakan beberapa contoh voltage regulator yang biasa dijumpai pada papan litar peralatan elektronik.

Voltage regulator bertindak mengawal arus elektrik yang diperlukan di bahagian tertentu pada papan litar. Sebagai contoh, jika voltage regulator yang digunakan dengan nombor rujukan 7812 bermaksud output yang terhasil ialah 12v. Jika 7805, outputnya ialah 5v.

Hari ini saya kongsikan cara bagaimana menentukan samada voltage regulator tersebut masih elok atau rosak. Jika menggunakan multimeter analog, biasanya saya periksa seperti berikut:-
  1. terminal -ve multimeter pada ground & terminal +ve multimeter pada input/output (kedua-duanya anda akan mendapat bacaan)
  2. terminal +ve multimeter pada ground & terminal -ve multimeter pada input/output (kedua-duanya tidak ada bacaan)
  3. terminal -ve multimeter pada input & terminal +ve multimeter pada output (ada bacaan tetapi sedikit sahaja berbanding dengan pemeriksaan ke-4 di bawah)
  4. terminal +ve multimeter pada input & terminal -ve multimeter pada output (ada bacaan dan jauh lebih tinggi berbanding pemeriksaan ke-3 di atas)
Sekiranya selepas anda membuat pemeriksaan 1 - 4 di atas dan mendapati salah satu tidak menepati keputusan seperti tertera di atas, voltage regulator tersebut rosak dan harus diganti.

Voltage regulator yang rosak bisanya menunjukkan bacaan litar pintas pada kesemua terminal (input/ground/output).

Anda juga boleh memeriksa voltage regulator dengan menyalurkan arus elektrik kepada input dan ukur bahagian outputnya seperti yang boleh dilihat pada gambar di bawah. Pastikan voltan input lebih tinggi daripada voltan output voltage regulator yang ingin diukur.

Selamat mencuba...

Tuesday 30 July 2019

BESTA eletronic dictionary CD-575M repair

Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebuah kamus eletronik berjenama BESTA, Model: CD-575M dengan masalah skrin terlepas daripada keypad selepas terjatuh dan anda boleh melihat keadaannya seperti pada gambar di bawah.
Brand: BESTA, Model: CD-575M
Tidak banyak gambar yang saya perolehi dan berikut merupakan cara bagaimana membaikinya.
Setelah penutup belakang dibuka...

Untuk membaikinya, anda cuma perlu membuka penutup belakang keypad dan pasang kembali bahagian yang terlepas tadi serta gam kembali dengan menggunakan super glue.
Pasang kembali bahagian yang terlepas...
Siap...
Keadaan setelah di baiki mungkin kelihatan tidak sempurna seperti ketika masih baru namun ianya masih boleh digunakan dan untuk makluman, harga sebuah kamus eletronik yang baru ialah kira-kira RM1,500.00.
Charging...
Tiada kerosakan lain yang ditemui setelah diuji selain daripada yang tertera di atas.
Tested - ok

Tested - ok
Selamat mencuba...

Monday 29 July 2019

SAFLOK encoder model 4 repair

Encoder seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini. Hari ini saya dirujuk lagi sebuah encoder yang serupa (jenama & model) dengan masalah yang serupa.
Punca masalah...
Cara membaikinya anda boleh membacanya pada artikel lepas di sini dan apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah pada gambar berikut.
Tali sawat telah tersalah pasang...
Saya rasa ada yang telah membukanya sebelum ini dan apa yang kelihatan ialah tali sawat yang telah saya labelkan 'A' dan 'B' di atas telah tersalah pasang.
Buka klip dulu...
Jadi untuk membetulkan pemasangan tali sawat tersebut, anda perlu buka pin seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas dan mengeluarkan gear serta tali sawat yang tersalah pasang tersebut.
Pasangkan tali sawat yang pendek (B) dahulu...
Pasangkan tali sawat yang pendek (B) dahulu dan kemudian barulah pasangkan tali sawat yang panjang (A). Gambar di bawah menunjukkan kedudukan sebenar kedua-dua tali sawat tersebut.
Pemasangan tali sawat yang betul...
Untuk makluman tali sawat yang pendek telah saya ganti berikutan telah haus dan tidak mampu mengerakkan gear untuk menarik kad masuk serta keluar dari encoder tersebut.
Tali sawat pendek (B) yang rosak.
Selamat mencuba...

Sunday 28 July 2019

How to check CR5AS Thyristor

Hari ini saya kongsikan cara memeriksa Thyristor dengan nombor rujukan CR5AS. Anda boleh merujuk kepada datasheet Thyristor tersebut di sini.
CR5AS (Kiri: Rosak, Kanan: Baru)
Untuk makluman, Thyristor di sebelah kiri pada gambar di atas disahkan rosak dan telah saya gantikan dengan thyristor di sebelah kanannya.
1. Cathode/Gate: 10Ω
Setelah saya bandingkan kedua-dua thyristor tersebut, berikut merupakan perbezaannya. Thyristor yang elok mempunyai bacaan apabila diukur dengan multimeter seperti pada gambar di atas dan di bawah (gambar berlabel 1 & 2)
2. Anode/Gate: 60Ω
Hanya dua kemungkinan sahaja multimeter mendapat bacaan pada thyristor yang elok iaitu kombinasi cathode/gate & Anode/gate dengan terminal -ve multimeter sentiasa di terminal gate pada thyristor.
3. Cathode/Gate: 10Ω
Thyristor yang telah rosak bila diukur dengan multimeter adalah seperti pada gambar yang berlabel 3 & 4.
4. Anode/Gate: 0Ω (tiada bacaan)
 Selamat mencuba...

Saturday 27 July 2019

Philips HP8102/00 Salon Extra Compact hair dryer repair

Hari ini saya dirujuk sebuah pengering rambut (hair dryer) berjenama Philips, Model: HP8102/00 dengan masalah tidak berfungsi walaupun arus elektrik telah dibekalkan.
Jenama: Philips, Model: HP8102/00
Seperti biasa saya akan memeriksa fius pada plug 3-pin dan berkeadaan elok. Seterusnya saya periksa wayar penyambung dari plug 3-pin ke bahagian alat pengering rambut dan didapati wayar live (L) putus.
Wayar putus...
Menurut pengalaman saya membaiki alat pengering rambut, hanya dua bahagian sahaja yang sering mengalami wayar putus iaitu seperti pada gambar di atas dan di bawah.
Wayar putus...
Jika anda tanya saya bahagian mana kebarangkalian wayar putus lebih tinggi, jawapan saya ialah pada bahagian belakang alat pengering rambut iaitu seperti pada gambar ke-2 di atas.
Potong & sambung kembali...
Dipendekkan cerita saya pun dengan yakin memotong bahagian yang berdekatan dengan alat pengering rambut dan setelah diperiksa ianya tidak putus. Seterusnya saya potong pula bahagian yang berdekatan dengan plug 3-pin dan ternyata ianya putus di situ.
Susun elok supaya selamat digunakan...
Setelah kedua-dua bahagian yang telah saya potong disambung kembali dan diuji, pengering rambut tersebut kini kembali beroperasi seperti biasa.
Sambung dengan betul dan elok...
Jika wayar putus, cabaran utama ialah mengenalpasti di mana bahagian wayar yang putus. Hanya pengalaman sahaja yang mengatasi segala-galanya. Jika gagal mengenalpastinya, cara paling mudah ialah gantikan dengan wayar yang baru.

Selamat mencuba...

Friday 26 July 2019

SAMSUNG PS43E400U1R Plasma TV reset

TV SAMSUNG ini pernah saya baiki dan anda boleh membacanya di sini. Pada artikel tersebut saya juga ada menerangkan cara bagaimana 'reset' TV tersebut.
1. TV haruslah dalam keadaan 'standby'...
Hari ini saya kongsikan cara bagaimana membuat 'factory reset' jika TV tersebut tidak dapat dihidupkan dan hanya lampu standby sahaja yang menyala. Jika lampu standby tidak menyala, proses ini tidak dapat dilakukan.
2. Tekan mengikut urutan - INFO -> MENU -> MUTE -> POWER
Anda perlukan alat kawalan jauh dan tekan mengikut urutan seperti pada gambar di atas dan  jika berjaya, skrin berikut akan menjelma. Jika anda gagal mendapatkannya, ulanginya sehingga berjaya.
3. Skrin diagnostic
Pilih 'option' dan tekan 'enter' pada remote control. Seterusnya pilih 'factory reset' dan tekan 'enter' semula.
4. Factory Reset
Setelah skrin seperti pada gambar di bawah menjelma, tekan 'enter' sekali lagi dan TV akan padam dengan sendiri. Apa yang anda harus lakukan ialah tekan butang 'power' pada alat kawalan jauh untuk menghidupkan TV tersebut semula.
5. Tekan 'enter' sekali lagi dan TV akan padam...
Ketika TV dihidupkan semula, skrin berikut akan menjelma dan anda hanya perlu memilih serta mengikut arahan sehingga kesemuanya selesai.
Selepas 'factory reset'...
Setelah selesai, TV anda kini seperti baru dibeli dan anda boleh menukar 'setting' mengikut keperluan masing-masing.
Siap...
Selamat mencuba...

Thursday 25 July 2019

Karcher T10/1 Dry Vacuum Cleaner repair

Hari ini saya dirujuk sebuah penyedut hampagas (vacuum cleaner) berjenama Karcher, Model: T10/1 dengan masalah tidak berfungsi langsung apabila arus eletrik dibekalkan.
Jenama: Karcher
Saya sempat mengujinya sebelum dibaiki dan agak bertuah kerana ketika saya mengujinya, satu letupan yang sederhana kedengaran pada penyedut hampagas tersebut.
Model: T10/1
Apabila dibuka dan diperiksa, didapati wayar penyambung kepada penyedut hampagas tersebut putus pada wayar neutral (N). Anda boleh melihat kesan letupan yang saya katakan di atas berwarna hitam seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Wayar rosak telah dipotong...
Oleh kerana kedudukan wayar yang putus itu berada pada bahagian soket, maka saya terpaksa memotong dan menukar soket tersebut.
Gantikan soket dengan yang baru...
Setelah soket tersebut ditukar dan diuji, kini penyedut hampagas tersebut kembali berfungsi seperti biasa.
Sambungkan wayar kepada soket...
Biasanya jika kita memeriksa wayar yang putus, masalah utamanya ialah di mana kedudukan yang terputus itu. Sebenarnya letupan tersebut telah menjimatkan masa saya untuk mencari kedudukan wayar yang terputus.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Wednesday 24 July 2019

How to check D882 NPN Transistor

Hari ini saya kongsikan bagaimana cara memeriksa transistor dengan nombor rujukan D882 dan anda boleh melihat transistor tersebut seperti pada gambar di bawah.
D882 - NPN Transistor (Kiri: transistor baru & kanan: transistor rosak)
Untuk makluman, transistor tersebut saya perolehi daripada lampu kecemasan yang telah saya baiki beberapa hari yang lepas dan anda boleh membacanya di sini. Transistor tersebut disahkan rosak dan biasanya kerosakan boleh dilihat dengan mata kasar seperti pada gambar di atas (kanan) di mana terdapat rekahan pada bahagian yang berdekatan dengan huruf 'D'.
1. Emitter/Base = 7Ω
Bagaimana memeriksa transistor tersebut jika tiada kerosakan fizikal kelihatan? Oleh kerana transistor tersebut ialah jenis NPN, maka hanya terdapat 2 kemungkinan sahaja multimeter menunjukkan bacaan iaitu pada terminal emitter & base atau collector & base.
2. Collector/Base = 7Ω
Letakkan terminal -ve multimeter anda pada terminal base dan periksa menggunakan terminal +ve multimeter pada collector & emitter. Transistor yang elok akan mendapat bacaan yang sama seperti boleh dilihat pada gambar di atas (Gambar berlabel 1 & 2).
3. Emitter/Base = 25Ω
Transistor yang rosak akan mendapat bacaan yang berbeza seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah (Gambar berlabel 3 & 4).
4. Emitter/Base = 7Ω
Selamat mencuba...

Tuesday 23 July 2019

Baiki Lampu Kecemasan (Emergency Light Repair)

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki lampu kecemasan (emergency light) dengan masalah lampunya tidak padam apabila bekalan elektrik telah di bekalkan.
kapasitor 100uF, 16v rosak...
Papan litar lampu kecemasan sangat mudah dan senang diperiksa serta dibaiki. Apabila diperiksa kesemua komponen yang ada, cuma sebiji kapasitor didapati rosak dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
Bacaan pada kapasitor rosak 100uF cuma tinggal 0.67uF sahaja...
Setelah kapasitor 100uF, 16v tersebut diganti dan diuji, kini lampu kecemasan tersebut akan padam bila arus elektrik di bekalkan dan menyala ketika bekalan elektrik diputuskan.
Tested - ok (ketika bekalan elektrik dibekalkan)

Tested - ok (ketika bekalan elektrik di putuskan)
Selamat mencuba...

Monday 22 July 2019

LED Driver

Hari ini saya kongsikan sesuatu yang pengguna harus tahu ketika membeli peralatan elektrik/elektronik.
Output: 14v - 28v
Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan lampu LED kini semakin menjadi pilihan ramai kerana kemampuannya menjimatkan pengunaan elektrik.
Kapasitor pada output ialah 100v, 22uF
Setiap lampu LED akan dibekalkan sebiji 'LED driver' di mana fungsinya ialah untuk membekalkan voltan elektrik yang sesuai kepada lampu LED.
Bacaan output bila diukur: 68v
Namun 'LED driver' yang telah saya baiki ini menghasilkan output 68v berbanding 14v - 28v seperti yang tertera padanya seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.

Pada mulanya saya berpendapat kemungkinan voltan output tinggi disebabkan masih ada komponen lain yang rosak namun jika dilihat pada kapasitor output seperti yang boleh dilihat pada gambar ke-2 di atas iaitu 100v, saya yakin LED driver tersebut sememangnya mampu menghasilkan 68v.

Sekiranya LED driver tersebut hanya mampu menghasilkan 14v sehingga 28v, saya yakin pengeluar juga ingin menjimatkan kos dengan menggunakan kapasitor 35v atau 50v sahaja.

Jika anda menggunakan voltan yang lebih tinggi dari sepatutnya ianya akan memendekkan jangka hayat lampu LED anda.

Secara amnya, sebiji lampu LED mampu bertahan selama kira-kira 20 ribu jam atau kira-kira 2 tahun jika digunakan tanpa henti.

Jika lampu LED anda rosak dalam jangka masa yang singkat, sila periksa LED driver anda.

Nasihat saya ialah, beli peralatan elektrik/elektronik yang berkualiti dan pastikan tercatat jenama serta alamat pengeluarnya.

Adakah anda perasan bahawa LED driver yang saya kongsikan di atas tiada jenama mahupun alamat pengeluar ataupun pengedar.

Sekian, jadilah pengguna yang bijak...