Saturday 29 June 2019

KENWOOD HM430 hand mixer repair

Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebuah 'hand mixer' berjenama KENWOOD, Model: HM430 dengan masalah tidak berpusing.
Jenama: KENWOOD
Masalah mixer yang tidak berpusing biasanya adalah disebabkan gear yang mengerakkannya telah haus. Sebelum ini saya juga pernah membaiki mixer dengan masalah yang sama dan anda boleh membacanya di sini.
Model: HM430

Pandangan dalam setelah dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, memang sah gear telah haus dan harus diganti. Anda boleh melihat keadaan gear yang telah rosak seperti pada gambar di atas dan di bawah.
Gear telah haus...
Masalah yang dihadapi ialah kos untuk mendapatkan gear yang baru menelan belanja yang mahal dan tidak berbaloi untuk dibaiki.
Dua-dua gear telah haus...
Harga gear tersebut cuma kira-kira dalam £2.5 sehingga £7 sahaja namun setelah ditambah dengan kos penghantaran harganya boleh mencecah £10 hingga £15 iaitu kira-kira RM60 sehingga RM80 bergantung kepada harga pembekal. Anda boleh membelinya secara online di sini atau di sini. Harga untuk mendapatkan sebuah mixer yang baru kini cuma kira-kira dalam RM138.00 sahaja.
Cuci dengan bersih...
Oleh kerana tidak berbaloi untuk membeli gear yang baru, maka saya cuba baiki gear tersebut dengan menggunakan gam epoxy. Cara membaikinya boleh anda baca di sini.
Baiki gear tersebut dengan gam epoxi...
Setelah gear tersebut dibaiki dan diuji, 'hand mixer' tersebut masih boleh digunakan namun tidak pasti berapa lama ianya boleh bertahan.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Thursday 27 June 2019

SAMSUNG 2233SW monitor repair

Hari ini saya dirujuk sebuah monitor berjenama SAMSUNG, Model: 2233SW dengan masalah skrin akan berkelip setiap beberapa saat.
Model: SAMSUNG, Model: 2233SW
Masalah monitor ini agak pelik sedikit dan ini merupakan kali pertama saya dirujuk monitor dengan masalah sedemikian.
Model: 2233SW
Seperti biasa, monitor akan dibuka serta diperiksa papan litar di dalamnya dan tiada komponen yang didapati rosak.
Setelah penutup belakang dibuka...

Papan litar utama...
Setelah diperiksa satu per satu, akhirnya saya mendapati butang suis pada monitor tidak berfungsi dan setelah wayar yang disambung kepada papan litar suis tersebut dicabut, skrin monitor tersebut kini berhenti berkelip lagi.
Cabut wayar pada papan litar suis...
Oleh kerana tiada alat ganti, maka saya cabut sahaja wayar yang disambung kepada papan litar suis tersebut untuk kegunaan sementara sehingga alat ganti yang baru diperolehi.
Wayar dah dicabut, semua suis tidak berfungsi...

Tested - ok
Selamat mencuba...

Wednesday 26 June 2019

Karcher T 12/1 Professional Dry Vacuum Cleaner repair

Hari ini saya berpeluang membaiki sebuah penyedut hampagas (vacuum cleaner) berjenama Karcher, Model: T 1/12 professional dengan masalah tidak dapat dihidupkan langsung.
Jenama: Karcher, Model: T 12/1 professional
Seperti biasa saya akan periksa fius pada plug 3-pin serta wayar penyambung dan kesemuanya berkeadaan baik. Seterusnya saya terpaksa membuka penyedut hampagas tersebut dan memeriksa bahagian motor di dalamnya.
Kedudukan 'carbon brush'....
Setelah diperiksa didapati bahawa salah satu 'carbon brush' tidak bersentuh kepada motor dan apabila dibuka 'carbon brush' tersebut kelihatan telah haus seperti anda boleh lihat pada gambar di bawah.
'carbon brush' yang telah haus...
Masalah telah dikenalpasti dan seterusnya ialah proses menukar 'carbon brush' tersebut dengan yang baru.
Keluarkan 'carbon brush' lama...
Anda boleh melihat perbezaan 'carbon brush' yang baru dan yang lama seperti pada gambar di bawah.
Perbezaan 'carbon brush' lama dan yang baru...

Gantikan dengan 'carbon brush' yang baru...

Pasang kembali ke kedudukan asalnya...
Setelah 'carbon brush' tersebut ditukar dan diuji, penyedut hampagas tersebut kini kembali beroperasi semula.
Tested - ok

Selamat mencuba...


 

Tuesday 25 June 2019

Ballast (Model: 668) repair

Sebelum ini saya pernah membaiki ballast berjenama OSRAM dan anda boleh membacanya di sini. Hari ini saya dirujuk sebiji lagi ballast yang tak ada jenama, Model: 668 seperti pada gambar di bawah.
Ballast Model: 668
Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang didapati rosak adalah seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Komponen yang rosak dan telah diganti...
Setelah kesemua komponen yang rosak diganti dan diuji, kini ballast tersebut masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Monday 24 June 2019

DEGAUSSING CRT TV (Demagnetizing)

Kadang-kadang selepas kita memindahkan TV, warna imej yang terhasil berubah seperti yang anda boleh lihat pada gambar di bawah.
Kadang-kadang warna pelangi pada skrin TV
Ada banyak sebab kenapa warna pada skrin TV CRT berubah dan salah satu yang biasa berlaku ialah akibat kesan magnet. Pastikan tiada speaker diletakkan berhampiran dengan TV.
Tekan - menu
Jadi untuk membetulkan imej berwarna-warni tersebut anda boleh menggunakan langkah-langkah berikut:-
Cari - Degauss
1. Tekan 'menu' dan cari 'degauss'.
Pilih -Degauss
2. Status 'degauss' sentiasa 'off'. Apa yang anda perlu buat ialah tukar 'off' kepada 'on'.
Tukar - Degauss dari 'off' ke 'on'
3. Setelah selesai proses 'degauss', statusnya akan kembali semula kepada 'off' dan warna TV anda kini kembali normal.
Bila dah siap dia akan 'off' balik...
Proses 'degauss' ialah membuang magnet atau mengnyahmagnet (demagnetising) pada CRT tersebut.
Siap, warna pelangi lenyap...
Selamat mencuba...

Sunday 23 June 2019

LG CT-29M30V CRT TV blurry display repair

Semalam saya dirujuk sebuah TV berjenama LG, Model: CT-29M30V dengan masalah gambar kabur seperti anda boleh lihat pada gambar di bawah.

Gambar kabur dan berwarna warni...

Kebiasaannya jika gambar tidak jelas atau kabur adalah disebabkan gambar yang dihasilkan tidak dapat difokuskan pada skrin TV.

Jenama: LG, Model: CT-29M30V

Lebih kurang 95% masalah sedemikian adalah disebabkan kerosakan pada 'picture tube socket' dan terletak pada bahagian belakang 'picture tube' seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Masalah pada 'picture tube socket'...

Picture tube socket

Di pendekkan cerita, saya juga yakin masalahnya pada 'picture tube socket' dan percubaan pertama ialah menukarkannya.

Keluarkan 'picture tube socket' yang rosak

Gantikan dengan yang baru

Setelah 'picture tube socket' tersebut ditukar dan diuji, kini gambar tidak kabur serta gelap lagi dan TV tersebut kini kembali beroperasi seperti biasa.

Tested - OK

Gambar di bawah menunjukkan keadaan di dalam 'picture tube socket' setelah saya buka dan kadang-kadang ianya masih boleh digunakan semula setelah diselengara atau dibersihkan.

Begini keadaan di dalam - socket yang rosak...
Selamat mencuba...

Saturday 22 June 2019

LG 29FU1RLX-T1 CRT TV repair

Hari ini saya kongsikan satu lagi pengalaman baru juga berkenaan TV berjenama LG, Model: 29FU1RLX-T1 dengan masalah kadang-kadang channel TV boleh bertukar dengan sendiri.
Pandangan dalam setelah penutup belakang di buka...
Ketika saya menguji tiada pula channel TV bertukar sendiri namun saya syak pasti masalahnya pada butang manual seperti pada gambar di bawah. Setelah saya cuba satu persatu butang tersebut didapati butang 'vol + & vol -' bermasalah.
Ini puncanya...
Bila tekan butang 'vol -' apa yang terjadi ialah seperti pada video klip di atas. Apabila saya tekan butang 'vol +' pula, channel TV yang bertukar. Saya buka dan periksa butang tersebut satu per satu dan semuanya berkeadaan baik. Jadi hanya ada dua pilihan sahaja:-
  1. Tanggalkan sambungan butang tersebut daripada papan litar (jika tak guna butang manual tersebut)
  2. Gantikan butang manual tersebut dengan yang baru.
Sejak wujudnya alat kawalan jauh (remote control) saya yakin jarang yang menggunakan butang manual tersebut. Pelik tapi benar, walaupun jarang digunakan ianya juga boleh rosak dan yang sedihnya ialah ianya tidak dapat dibaiki dan harus digantikan dengan yang baru.
Gantikan dengan yang baru...

Selamat mencuba...

Thursday 20 June 2019

DIJAYA LED Driver repair

LED driver berjenama DIJAYA seperti ini pernah saya baiki dahulu dan anda boleh membacanya di sini. Hari ini saya dirujuk sebiji lagi LED driver yang telah meletup dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
LED driver meletup
Untuk makluman kesan yang berwarna hitam adalah akibat daripada fius 1A yang meletup. Jika fius putus, kita harus cari puncanya dan setelah diperiksa didapati 4 biji diod telah mengalami litar pintas.
4 biji diod telah saya keluarkan...
Kedudukan diod tersebut adalah seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas dan telah saya keluarkan.
Diod yang rosak...
Jika anda lihat gambar di bawah, fius 1A dan 4 biji diod telah saya ganti.
Diod & fius yang baru...
Seterusnya saya juga mendapati terdapat satu bahagian litar telah terputus akibat daripada letupan fius di atas dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
Papan litar yang putus akibat daripada letupan...
Litar yang putus boleh di baiki hanya dengan menyambungannya kembali menggunakan dawai dan dipateri dengan kemas.
Litar yang putus telah di sambung...
Gambar di atas menunjukkan litar yang putus telah saya sambung. Setelah yakin dan tiada lagi kerosakan maka saya pun menguji LED driver tersebut dan ianya masih boleh digunakan.
Tested - ok
Selamat mencuba...