Saturday 30 March 2019

LG 29FU1RLX-T1 CRT TV repair

TV CRT kini semakin berkurangan dan tiada pengeluran lagi berikutan pengenalan TV Plasma, LCD & LED. Namun saya masih meminati TV CRT disebabkan ianya jauh lebih tahan berbanding dengan TV Plasma, LCD & LED.

Ianya agak sukar untuk dibaiki tetapi bila telah dibaiki, ianya masih boleh digunakan melainkan jika tiub CRT telah rosak. Ini disebabkan tiada lagi alat ganti untuk tiub yang rosak. Kerosakan tiub adalah sama dengan kerosakan skrin pada TV Plasma, LCD & LED.
CRT berjenama LG, Model: 29FU1RLX-T1
Hari ini saya telah berjaya membaiki sebuah TV CRT berjenama LG, Model: 26FU1RLX-T1. Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah cuma lampu standby sahaja yang menyala tetapi skrin gelap.
Pandangan dalam setelah penutup belakang dibuka
Seperti biasa jika ingin membaikinya kita kena buka dan harus berhati-hati ketika ingin memeriksa papan litarnya. Ini disebabkan kapasitor besar 450V, 470uF masih menyimpan cas dan boleh merosakkan multimeter anda atau terkena renjatan eletrik jika tersentuh.

Sebelum memulakan proses memeriksa, pastikan anda discharge (buang cas) kapasitor utama tersebut.
Papan litar utama
Setelah diperiksa bahagian yang disyaki bermasalah, saya cuma menjumpai dua komponen sahaja yang didapati rosak iaitu sebiji voltage regulator dan sebiji kapasitor. Lokasi komponen tersebut boleh anda lihat seperti pada gambar di atas.
Capasitor 1000uF, 10v - litar pintas
Untuk makluman voltage regulator biasanya hanya mempunyai tiga kaki sahaja tetapi voltage regulator yang digunakan didalam TV ini mempunyai empat kaki dengan nombor rujukan KIA78R05PI.
Voltage regulator & kapasitor yang rosak
Setelah komponen yang dijumpai rosak di tukar dan diuji, skrin kali telah menyala dan ini bermaksud telah berjaya di baiki.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Friday 29 March 2019

VORTICE ECODRY IPX4 automatic hand dryer repair

Hari ini saya dapat pengalaman baru mambaiki pengering tangan automatik berjenama VORTICE, Model: IPX4. Masalah ketika dirujuk kepada saya ialah kipas di dalamnya berputar dengan perlahan.
Pandangan depan pengering tangan
Seperti biasa, jika kipas berputar dengan perlahan masalah ialah pada kapasitor. Namun setelah diperiksa, kapasitor yang disambung terus ke motor berkeadaan baik iaitu 1uF.
Setelah penutup depan dibuka
Seterusnya saya memeriksa bahagian motor pula, bila dibekalkan arus eletrik ianya memang berputar dengan perlahan. Bila diperiksa ternyata motor tersebut berfrequensi tinggi. Dengan yang demikian masalahnya adalah di papan litar yang gagal membekalkan arus elektrik berfrequensi tinggi untuk kegunaan kipas tersebut.
Bahagian bawah papan litar
Setelah dibuka dan diperiksa papan litar tersebut, dua biji kapasitor dengan nilai 330nF & 150nF didapati rosak dan perlu diganti.
Bahagian atas papan litar
Memandangkan tiada komponen lain yang didapati rosak, saya ganti kedua-dua kapasitor tersebut seperti yang bertanda pada gambar di atas. Ternyata masalah kipas berputar perlahan telah lenyap dan beroperasi seperti biasa.
150nF cuma tinggal 62.7nF

330nF cuma tinggal 85.1nF

Selamat mencuba...

Monday 25 March 2019

SAMSUNG 2333SW monitor repair

Hari ini saya berjaya membaiki sebuah monitor berjenama SAMSUNG, Model: 2333SW. Monitor ini telah lama dirujuk kepada saya namun tidak berjaya dibaiki sebelum ini.
SAMSUNG 2333SW
Masalah monitor ini ketika dirujuk kepada saya ialah tidak boleh dihidupkan dan percubaaan sebelum ini untuk membaikinya tidak berjaya sebab tidak menjumpai salah satu penyebabnya.
Dua papan litar sahaja
Apabila dibuka, cuma terdapat dua keping papan litar sahaja dan memandangkan ianya tidak dapat dihidupkan sama sekali maka masalahnya sudah tentu pada 'power board'.
Power board (FSP050-2PI05)
Komponen yang rosak dan boleh dilihat dengan mata kasar ialah ic dengan nombor rujukan TOP257 meletup dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
TOP257 meletup
Setelah diperiksa menyeluruh, komponen yang didapati rosak ialah:-
  1. TOP257 ic
  2. 2561 optocoupler
  3. KIA431A
Schemetic untuk power board FSP050-2PI05
Namun setelah menggantikan kesemua komponen yang didapati rosak seperti tertera di atas, monitor tersebut masih gagal dihidupkan. Seterusnya saya terpaksa merujuk kepada schematic papan litar dan menguji nilai pada setiap zener diod yang ada pada papan litar.
ZD121 cuma 3.6V sahaja
Setelah sekian lama mencuba satu per satu zener diod yang ada, akhirnya saya menjumpai sebiji diod dengan rujukan ZD121 yang memerlukan 12v namun bila diukur, cuma 3.64v sahaja seperti pada gambar di atas.

Jika anda ingin tahu cara menentukan voltan zener diod, anda boleh membacanya di sini.
Tested - ok
Setelah zener diod tersebut diganti dan diuji, baru lah monitor tersebut boleh dihidupkan.
Output: 3.3V, 5.1V & 18V
Lepas monitor tersebut dapat dihidupkan, satu lagi masalah timbul iaitu salah satu voltan output bila diukur ialah 24V dan melebihi apa yang tercatat pada papan litar iaitu cuma 18V. 3.3V & 5.1V semuanya tepat. Lepas semak schematic di atas barulah lega sebab ZD260 & ZD261 disambung bersiri dengan zener diod 12V. Jadi memang 24v dan bukannya 18v.

Saya yakin papan litar tersebut pada asalnya dibuat untuk monitor bersaiz kecil (17" atau 19") yang hanya memerlukan 18v sahaja. Namun monitor yang saya baiki itu berukuran 23" dan memerlukan voltan lebih tinggi. Cara paling mudah ialah dengan menukar zener diod ZD260 & ZD261 kepada 12v. Jika ingin menurunkan voltan tersebut kepada 18v, gantikan kedua-dua zener diod tersebut dengan zener diod 9v. Senang kan?

Persoalan yang masih tertinggal di kepala saya dan tidak terjawab ialah kenapa nilai zener diod tersebut cuma 3.6V sedangkan pada schematic menyatakan bahawa 12v diperlukan?
  1. Adakah nilai zener diod tersebut menyusut akibat daripada TOP357 ic meletup? (pengalaman saya selama ini ialah kerosakan pada zener diod ialah sama ada 'putus' atau 'litar pintas')
  2. Mungkinkah dari dulu lagi zener diod 3.6v digunakan pada papan litar? (saya telah mencuba zener diod 4.3v, 5v & 9v, kesemuanya tidak menjadi)
Semua komponen yang di tukar
Selamat mencuba...

Saturday 23 March 2019

ELSONIC AC206 Room Thermostat Repair

Dulu saya pernah berkata, 'kerosakan peralatan eletronik ini bermusim' dan hari ini saja saya telah dirujuk dua peralatan eletronik untuk penghawa dingin iaitu thermostat untuk di baiki.
Pandangan depan AC206
Kali ini thermostat digital berjenama ELSONIC, Model: AC206. Masalahnya ialah tidak berfungsi walaupun telah dibekalkan dengan eletrik.
Pandangan belakang AC206
Setelah dibuka dan diperiksa, 2 komponen didapati rosak iaitu voltage regulator (78L05) dan sebiji kapasitor 220uF, 50V seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas.
Voltage regulator & kapasitor baru..
Setelah kedua-dua komponen tersebut diganti dan diuji, ternyata ianya telah diselamatkan dan boleh digunakan semula.
Tested - ok
Selamat mencuba...

REGIN thermostats sensor repair

Hari ini saya kongsikan cara membaiki thermostat sensor berjenama REGIN, model: tak tahu. Puas saya belek pada thermostat tersebut dan tidak menjumpai modelnya.
Pandangan luar thermostat sensor - REGIN

Bersihkan debu-debu yang ada...

Pastikan apa-apa yg kotor dibersihkan..
Berikut ialah cara membuka papan litar thermostat sensor tersebut.
Buang pateri pada bahagian yang ditanda di atas...

Dah buka papan litarnya...

Sebiji perintang 130K ohm putus
Setelah dibuka & diperiksa, cuma sebiji perintang 130k ohm putus dan harus diganti.
Perintang baru 130K ohm (choklat/oren/kuning)

Perintang baru & lama (putus)

Gantikan perintang tersebut...

Pateri balik bahagian yang telah dibuka tadi..

Pasang balik apa yang telah dibuka - dah bersih

Siap...
Selamat mencuba...

Saturday 16 March 2019

LG DS8521P DVD player repair

Ini ialah dvd milik saya dan pernah saya baiki dahulu. Anda boleh membacanya di sini. Kali ini ianya mengalami penyakit yang baru iaitu penyakit padam sendiri setelah kira-kira 5 minit digunakan. Selepas padam dengan sendiri, ianya boleh dihidupkan semula dengan menekan butang 'power' dan akan padam semula selepas kira-kira 5 minit beroperasi.
LG DS8521P dvd player
Seperti biasa saya akan buka dan periksa komponen yang rosak dan akan menggantikannya. Kali ini saya telah menemui beberapa komponen yang rosak dan harus di ganti.
Pandangan dalam setelah penutup dibuka
Komponen yang didapati rosak adalah seperti berikut (lihat pada gambar di bawah)
  1. 2 biji 0.1uF 275V ac kapasitor
  2. sebiji perintang 22K ohm
Komponen yang bertanda perlu diganti
Perintang baru 22K ohm

Kapasitor 0.1uF, 275V ac
Namun setelah menggantikan komponen seperti dinyatakan di atas, penyakit padam sendiri tetap tidak berubah. Saya sempat mencari 'datasheed' untuk ic DM0265R di internet dan anda juga boleh dapatkannya di sini.
ic yang saya tukar dahulu masih berkeadaan baik
Setelah meneliti 'datasheet' ic tersebut, saya dapati bahawa ic tersebut dilengkapi dengan 'internal thermal shutdown function (TSD)' dan saya mengesyaki kemungkinan ic tersebut telebih panas dan padam sendiri.

Berpandukan maklumat tersebut saya cuba menyejukkan ic tersebut dengan menambahkan 'heat sink' pada permukaan atasnya. Setelah diuji ternyata penyakit padam sendirinya telah lenyap.


Tambah 'heat sink' pada ic DM0265R (Tested - OK)
Saya juga hairan kenapa dahulu selepas saya menggantikan ic tersebut ianya tidak panas melampau sehingga padam sendiri. Kenapa setelah beberapa tahun digunakan kini timbul penyakit sensitif panas melampau?

Sehingga blog ini ditulis, dvd tersebut telah diuji dan berfungsi selama kira-kira 2 jam tanpa penyakit padam sendiri.

Selamat mencuba...

DELL E156FPc repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah monitor berjenama DELL, Model: E156FPc dengan masalah tidak dapat dihidupkan sama sekali (lampu 'standby' juga tiada).

Saya diberitahu bahawa punca kerosakannya ialah disebabkan oleh ketiadaan bekalan elektrik semalam kira-kira sejam di seluruh Miri. Selepas bekalan elektrik pulih, monitor tersebut tidak dapat dihidupkan semula.

Adakah punca terputusnya bekalan elektrik (blackout) menyebabkan kerosakkan monitor tersebut? Apa pandangan anda? Kita buka & lihat dahulu...
DELL - Buatan China

Model: E156FPc
Di dalam monitor tersebut cuma ada 2 keping papan litar sahaja. Memandangkan masalahnya tidak dapat dihidupkan, maka masalahnya sudah tentu pada 'power board'.
2 papan litar sahaja
Setelah 'power board' dibuka dan diperiksa, komponen yang didapati rosak ialah kapasitor utama 100uF, 450v dan sebiji lagi kapasitor kecil 100uF, 25V seperti bertanda pada gambar di bawah.
Komponen yang rosak
Kapasitor utama tersebut didapati bocor & salah satu kakinya telah putus akibat daripada kebocoran tersebut dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
Kapasitor telah bocor

Komponen baru
Setelah di ganti komponen-komponen yang didapati rosak dan diuji, monitor tersebut kini kembali berfungsi.

Berbalik kepada soalan saya di atas, adakah punca 'blackout' penyebab kerosakan komponen-komponen tersebut? Jawapan saya: TIDAK.
Tested - ok
Selamat mencuba...