Friday 30 November 2018

Baiki BROTHER HL-L2360DN printer

Hari ini saya kongsikan pula masalah printer berjenama BROTHER, model: HL-L2360DN yang tidak mengeluarkan kertas yang dicetak.
Pandangan atas printer
Ketika printer ini dihidupkan, ianya mengeluarkan bunyi yang nyaring dan saya yakin ianya adalah disebabkan masalah mekanikal iaitu kerosakan pada gear.
Model: HL-L2360DN

Buka penutup bahagian kiri printer
Buka penutup bahagian kiri printer dan apa yang anda lihat di dalam ialah seperti pada gambar di bawah.
Setelah penutup kiri di buka
Buka ribbon pada bahagian atas dengan mencabut ribbon tersebut di bahagian yang berwarna biru.
cabut 3 keping ribbon yang berwarna putih
Lepas itu buka kesemua skrew untuk mengeluarkan kepingan besi dan keadaan di dalam adalah seperti pada gambar di bawah.
Setelah penutup besi dibuka
Gear yang bertanda pada gambar di atas ialah gear yang telah rosak. Untuk gambaran jelas anda boleh lihat pada gambar di bawah.
Gear yang telah putus
Untuk makluman, tiada alat ganti tersebut di pasaran dan apa yang saya lakukan ialah melekat kembali bahagian yang patah tersebut dengan 'super glue'.
Bahagian yang putus di gam kembali menggunakan 'super glue'

Hidupkan printer

Boleh digunakan semula...

Setelah beberpa ketika.. 'sleep'

Kemudian... 'deep sleep'

Tested - ok (printing)
Selamat mencuba...

Wednesday 21 November 2018

Baiki kipas angin

Boleh dikatakan kita semua pasti mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kipas angin di rumah. Namun jika kipas angin anda gagal berfungsi atau rosak, apa yang anda akan lakukan?
Thermal fius putus (145C)
Tidak ramai yang tahu bahawa kipas angin boleh dibaiki dengan kos yang amat murah. Jika kipas angin anda langsung tidak berpusing periksa fius yang ada pada kipas.

Kipas mempunyai dua biji fius, sebiji fius pada plug 3-pin dan sebiji lagi ialah thermal fius. Kipas angin yang saya cuba baiki telah putus thermal fiusnya seperti pada gambar di atas.

Untuk makluman semua, thermal fius terletak pada motor kipas dan akan putus jika melebihi suhu yang tertera pada thermal fius. Thermal fius pada kipas tersebut ialah 145C.
Kapasitor rosak
Jika kipas angin anda berpusing dengan perlahan, kapasitor pula perlu diganti seperti pada gambar di atas.

Kapasitor pada kipas adalah komponen 'wear & tear' dan harus diganti bila kemampuannya telah merosot dan anda akan mengetahuinya jika kipas anda mulai berputar dengan perlahan dari biasa.
Kapasitor baru (1uF)
Jika anda menukar kapasitor, pastikan nilai kapasitor baru adalah yang sama dengan yang lama. Kapasitor yang saya perlukan untuk kipas tersebut ialah 1uF,
Ganti dengan kapasitor baru
Setelah kedua-dua (thermal fius & kapasitor) ditukar, kipas angin tersebut kini kembali berfungsi.
Tested - ok
Kesimpulan permasalahan kipas di atas ialah, ianya bermula dengan kerosakan pada kapasitor yang menyebabkan kipas berputar dengan perlahan dan seterusnya mengakibatkan motor kipas menjadi panas dan akhirnya thermal fius putus.

Oleh itu, sebagai peringatan, pemilik harus menukar kapasitor kipas jika ianya mulai berputar dengan perlahan dari biasa. Jangan tunggu sehingga kipas berhenti berpusing baru nak baiki.

Begitu juga dengan kipas siling jika bermasalah, anda boleh membaca cara-cara membaikinya di sini dan sini.

Saya juga pernah membaiki kipas dinding dan anda juga boleh membacanya di sini.

Kipas pengudaraan (exhaust fan) yang disambar petir juga pernah saya baiki dan anda boleh membacanya di sini.

Selamat mencuba.

Thursday 15 November 2018

FSP Power Supply Repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki 'switching mode power supply' keluaran FSP GROUP INC.,  model: FSP250-50GUB untuk kegunaan DVR.
Pandangan luaran 'power supply'
Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah DVR tersebut boleh dihidupkan tetapi tidak dapat berfungsi.
Pandangan dalam 'power supply'
Masalah sedemikian biasaya ialah pada bahagian 'power supply' di mana bekalan elektrik tidak mencukupi untuk kegunaan DVR.
Kapasitor 1000uF, 16V perlu di ganti
Setelah dibuka 'power supply' tersebut dan diperiksa secara menyeluruh, hanya sebiji kapasitor 1000uF, 16V didapati rosak dan perlu di ganti seperti yang ditandakan pada gambar di atas.
1000uF 16V
Harga sebiji kapasitor tersebut hanya dalam RM5.00 sahaja dan setelah diganti dan diuji, masalah terdahulu telah diatasi dan DVR tersebut boleh digunakan semula.
Kapasitor baru

Setelah diganti kapasitor 1000uF, 16V

sambungkan wayar hijau dengan hitam (switch on)
Jika anda ingin memeriksa output 'power supply' tersebut dengan multimeter, apa yang harus anda lakukan ialah sambungkan wayar hijau dengan wayar hitam dan seterusnya bekalkan bekalan arus elektrik kepada 'power supply' tersebut.
power supply ini membekalkan 5V, 3.3V & 12V

wayar hitam + wayar merah = 5V
wayar hitam + wayar oren = 3.3V
wayar hitam + wayar kuning = 12V


 Selamat mencuba...

Sunday 4 November 2018

SAMSUNG LA32B350F1 LCD TV repair

TV LCD kini tiada keluaran lagi dan telah diganti oleh TV LED. Namun jika TV LCD anda rosak, ianya mudah dan murah jika anda tahu membaikinya.
SAMSUNG Model: LA32B350F1
Hari ini saya kongsikan pengalam membaiki TV LCD berjenama SAMSUNG, Model: LA32B350F1.
Setelah penutup belakang dibuka...
Masalah TV LCD ini ketika dirujuk kepada saya ialah, ianya tidak dapat dihidupkan namun lampu 'standby' berwarna merah menyala.
Power board
Masalah sedemikian biasanya ialah pada 'power board' seperti pada gambar di atas. Setelah diperiksa menyeluruh, 4 biji kapasitor 1000uF, 25v perlu di ganti seperti yang di tanda pada gambar di atas.
Kapasitor yang perlu diganti 1000uF, 25V
Untuk makluman, biasanya saya akan menukar kapasitor yang nilainya telah berkurangan sebanyak 10%. Sebagai contoh kapasitor di atas ialah 1000uF. Jika nilainya dibawah 900uF anda boleh menukarnya. Biasanya jika TV tidak dapat dihidupkan, nilai kapasitor di bawah 50% iaitu di bawah 500uF.
Semua kapasitor baru...
Setelah diganti keempat-empat kapasitor tersebut & diuji, TV LCD tersebut boleh digunakan lagi..
Tested - ok
Selamat mencuba...