Saturday 27 October 2018

MIDEA MM717CKC microwave repair

Hari ini saya kongsikan pula pengalaman baru iaitu pertama kali membaiki micorwave berjenama MIDEA, Model: MM717CKC.
pandangan hadapan microwave
Ketika microwave ini dirujuk kepada saya, pemilik memberitahu saya bahawa ianya boleh dihidupkan tetapi tidak panas.
Model: MM717CKC
Untuk makluman semua, hanya beberapa komponen sahaja yang perlu diperiksa pada microwave iaitu:-
  1. papan litar
  2. hv fius
  3. hv kapasitor
  4. hv diod
  5. magnetron
Bahagian yang perlu diperiksa...
Oleh kerana ianya boleh dihidupkan, maka tidak perlu periksa papan litar.
hv fius 700mA putus
Seterusnya saya periksa hv fius dan didapati putus seperti pada gambar di atas.
Litar pintas pada kapasitor
Jika fius putus mesti cari puncanya. Jika tidak fius akan putus lagi sekiranya hanya dengan menukar fius sahaja. Untuk makluman nilai hv fius pada microwave sangat rendah iaitu 0.7A (700mA) sahaja dan ianya tidak sama dengan fius biasa serta harganya jauh lebih mahal dari fius biasa.
hv kapacitor (0.9uf sahaja)
Kemudian saya periksa pula hv kapasitor dan didapati terdapat litar pintas pada salah satu terminal seperti pada gambar di bawah.
Litar pintas pada satu terminal kapasitor

Tiada litar pintas

hv fius baru
Saya periksa juga hv diod dan ianya juga didapati rosak, mungkin rangkaian kerosakan akibat litar pintas pada hv kapasitor.
Diod baru
Akhir sekali saya periksa magnetron dan tiada kerosakan atau litar pintas.
Tested - OK
Setelah kesemua komponen (hv fius, hv kapasitor & hv diod) yang rosak diganti dan diuji, microwave tersebut kini kembali beroperasi semula seperti biasa.

Terima kasih kepada pemilik kerana menaruh kepercayaan kepada saya untuk cuba membaiki microwave tersebut.

Selamat mencuba...

Tuesday 2 October 2018

SAFLOK encoder model 4 repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki sesuatu yang baru dan belum pernah saya baiki sebelum ini. Benda yang dimaksudkan ialah encoder berjenama SAFLOK, Model 4 seperti pada gambar di bawah.
Pandangan luar encoder

Encoder ini digunakan untuk mengkod kad pengimbas pintu hotel sebelum boleh berfungsi untuk membuka pintu bilik masing-masing.

Made in JAPAN

Masalah ketika dirujuk kepada saya ialah mesin ini boleh menarik kad ke dalam dan tak keluar-keluar lagi atau mengambil proses yang lama untuk melengkapkan 'encoding' dan kadang-kadang keluar dari belakang seperti yang boleh dilihat pada video di bawah.

Masalah sedemikian biasanya hanya perlu menggantikan tali sawat di bahagian mekanikal sahaja seperti pada gambar di bawah.

Bahagian mekanikal melibatkan tali sawat

Namun setelah tali sawat diganti, masalah tetap sama dan apa yang saya perhatikan ialah pergerakan motor agak perlahan dan bila digerakkan secara manual dengan jari ianya agak berat dan terdapat geseran yang tinggi.

Setelah dibuka, saya terkejut melihat papan litarnya mempunyai kesan terhakis akibat pergesaran oleh bahagian mekanikal dan boleh dilihat seperti pada gambar di bawah.

Papan litar

Untuk gambaran yang lebih jelas, bahagian yang bergesel dengan papan litar ialah seperti yang ditandakan pada gambar di bawah.

Punca masalah...

Tidak diketahui kenapa bahagian mekanikal tersebut boleh bergesel dengan papan litar dan tugas saya kini ialah bagaimana untuk mengelakkan bahagian mekanikal tersebut daripada bersentuhan dengan papan litar.

Sedikit pengubahsuaian di buat...

Jika diperhatikan seperti pada gambar di atas yang telah saya bulatkan, saya lapik papan litar tersebut dengan kepingan plastik supaya papan litar akan berkedudukan lebih jauh dari bahagian mekanikal.

Untuk makluman, kepingan plastik yang saya guna diambil dari botol minuman dan ketebalannya ialah dalam kira-kira 0.5mm sahaja.

Tested - OK

Setelah di pasang kembali papan litar tersebut dengan di lapik kepingan plastik setebal 0.5mm dan diuji, bahagian mekanikal tidak bersentuhan dengan papan litar lagi dan mesin tersebut kini kembali beroperasi seperti normal dan boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...