Sunday 23 September 2018

GREE SPLIT AIR CONDITIONER REVIEW

Hari ini saya kongsikan pandangan saya terhadap penghawa dingin berjenama GREE. Di rumah saya sebelum ini hanya mempunyai sebuah penghawa dingin sahaja berjenama SAMSUNG untuk bilik tidur sahaja.

Namun pada 10/7/2018 saya telah membeli dua buah lagi penghawa dingin untuk ruang tamu (2.5hp) & bilik tidur utama (1.5hp). Selama ini saya sememangnya tidak berminat dengan barangan buatan china namun kali ini saya terpaksa memilih kerana:-
  1. Tidak dapat dinafikan bahawa barangan buatan china tidak berkualiti dan selalu bermasalah namun kerana permintaan tempatan tertumpu kepada harga barangan ketika membuat pilihan dan saya juga tidak terkecuali...
  2. Majoriti penghawa dingin sekarang adalah buatan china.
  3. Tax holiday (jun 2018 - aug 2018)- mengambil kesempatan membeli barangan mahal ketika tanpa cukai.
Pandangan hadapan penghawa dingin GREE
Untuk makluman, harga penghawa dingin tersebut ialah RM1,200.00 untuk 1.5hp & RM2,350.00 untuk 2.5hp termasuk kos pemasangan. Kedua-dua penghawa dingin tersebut bukan menggunakan teknologi inverter namun ianya mempunyai teknologi plasma.

20 tahun yang lalu, harga sebuah penghawa dingin NATIONAL satu kuasa kuda (1hp) berharga RM1,850 termasuk kos pemasangan. 

Ramai pengguna kini beralih kepada teknologi inverter kerana ianya lebih mesra alam dan boleh menjimatkan penggunaan elektrik. Namun saya tetap memilih penghawa dingin tanpa inverter kerana harga penghawa dingin tanpa teknologi inverter jauh lebih murah dan pada pandangan saya jika ingin mengurangkan penggunaan elektrik, gunalah penghawa dingin secara berhemah.

Jika penghawa dingin tersebut mempunyai teknologi inverter tetapi pengguna menetapkan suhu pada 16C, saya yakin penjimatan elektrik tidak akan berlaku. Kenapa? Sila baca sampai habis artikel saya ini...
2.5hp (7.4A ketika kompressor berjalan)
Setelah penghawa dingin tersebut dipasang & diperiksa serta di uji, saya gembira kerana kini ruang tamu saya lebih selesa dengan penghawa dingin.

Untuk pengetahuan semua, saya sebenarnya takut sejuk dan biasanya saya hanya menetapkan suhu penghawa dingin pada 26C sahaja. Setelah seharian saya menguji penghawa dingin tersebut, saya dapati bahawa kompressor penghawa dingin tersebut tidak pernah berhenti walaupun saya telah kesejukan.

Setelah saya periksa suhu pada penghawa dingin tersebut, ianya menunjukkan 27C walaupun ruang tamu saya telah teramat sejuk padahal saya hanya menetapkan suhu pada 26C sahaja.
Boleh semak suhu dalam bilik...
Saya mulai syak sensor suhu penghawa dingin tersebut tidak berfungsi atau rosak. Untuk pengetahuan semua, sensor suhu bertujuan untuk mengekalkan suhu bilik mengikut kehendak pengguna dan apabila suhu bilik telah mencapai suhu kehendak pengguna, kompressor akan berhenti. Ketika kompressor berhenti pengguna akan menikmati penjimatan elektrik.

Jadi jika kompressor tidak berhenti seharian digunakan bermaksud tiada penjimatan eletrik berlaku. Jika anda menggunakan teknologi inverter sekalipun tiada penjimatan elektrik berlaku jika kompressor berjalan tanpa henti.
Ada sensor pada 'remote control'
Sebelum membuat aduan kepada pembekal, saya menguji pula sensor pada 'remote control' dan suhu boleh turun sehingga 21C.
Suhu ketika menggunakan sensor pada 'remote control'
Kini saya yakin sensor suhu pada penghawa dingin bermasalah sebab tidak menunjukkan suhu sebenar bilik. Setelah aduan dibuat, pihak pembekal datang dan menukar sensor suhu tersebut dan setelah diuji masalah tetap sama iaitu suhu bilik kekal 27C sahaja walaupun telah berjam-jam dihidupkan sehingga saya menggigil kerana kesejukan di mana saya yakin suhu bilik saya bukan 27C tetapi mungkin telah mencapai 20C.
Therminstor sensor - 11kΩ(NTC)
Pembekal telah memeriksa suhu angin yang keluar dari penghawa dingin tersebut iaitu 13.9C sahaja namun kenapa suhu pada indikator menyatakan 27C seperti pada gambar di bawah.
Suhu ketika diperiksa ialah 13.9C
Ketika memeriksa suhu pada tempat duduk saya di ruang tamu menunjukkan 20C. Di mana masalahnya?
Suhu pada tempat duduk ruang tamu - 20C
Dipendekkan cerita, pihak pembekal telah menukar papan litar utama pada penghawa dingin saya dan keputusannya tetap sama iaitu suhu paling rendah dicapai ialah 27C dan kompressor tidak pernah berhenti walaupun bilik saya telah teramat sejuk.

Pihak GREE akhirnya memberi alasan bahawa bilik saya terlalu besar dan suhu paling rendah yang dicapai hanya 27C. Ini alasan yang langsung saya tidak boleh terima dan ketika itu saya sungguh menyesal kerana sah barangan buatan china tiada mutu!!!
Lubang sensor suhu...
Mahu tidak mahu, saya terpaksa periksa sendiri dan mencari di mana sensor suhu tersebut diletak dalam penghawa dingin. Rupa-rupanya sensor suhu tersebut tersembunyi di bahagian bawah papan litar utama seperti pada gambar di atas & di bawah.

Walaupun terdapat lubang kecil pada penutup luar seperti yang boleh dilihat pada gambar di atas namun saya dapati bahawa paip gas yang menghubungkan bahagian dalam & luar penghawa dingin tersebut juga berhampiran. Adakah suhu disitu mencerminkan suhu bilik?
Sensor suhu disembunyikan pada dalam penghawa dingin
Saya keluarkan sensor suhu tersebut dan diletakkan pada bahagian aliran angin sejuk yang keluar dari penghawa dingin dan kini suhu boleh turun sehingga 24C seperti pada gambar di bawah.
Ketika sensor suhu disimpan pada aliran keluar angin
Kini saya yakin sensor suhu tersebut tidak bermasalah. Suhu kekal pada 27C sebelum ini ialah disebabkan sensor tersebut disembunyikan pada dalam penghawa dingin yang tidak menunjukkan suhu sebenar bilik.
Sensor suhu 15K (NTC)
Saya pindahkan sensor suhu tersebut ke bahagian luar seperti pada gambar di bawah dan ianya masih tidak menunjukkan suhu sebenar bilik mungkin disebabkan 'plasma' terletak disitu.
Pindahkan sensor suhu ke bahagian 'cooling coil'
Lepas itu saya pindahkan pula sensor tersebut ke bahagian atas 'plasma' seperti pada gambar di bawah dan buat pertama kalinya kompressor berhenti setiap 15 minit beroperasi dan suhu yang saya tetapkan pada penghawa dingin ialah 26C.
Pindah sensor suhu ke bahagian yang lebih dekat pada 'cooling coil'
Untuk makluman, saya juga buang penyalut berwarna kuning pada sensor tersebut agar ianya lebih sensitif pada suhu sekeliling seperti pada gambar di bawah.
Pandangan dekat, sensor yang dibalut telah saya buang...
Kesimpulan yang saya dapat dari pengalaman di atas ialah:-
  1. Barangan buatan china bukannya tidak bermutu tetapi kawalan mutu (QC) sangat teruk atau mungkin tiada QC langsung.
  2. Jika anda ingin menjimatkan penggunaan elektrik pada penghawa dingin anda, pastikan sensor suhu berfungsi sepenuhnya.
  3. Pastikan anda uji tahap sensitiviti sensor suhu pada penghawa dingin yang baru dipasang. Jika kompressor berhenti selepas mencapai suhu yang anda tentukan, maksudnya sensor suhu dalam keadaan baik.
  4. Sehingga artikel ini ditulis, saya menetapkan suhu penghawa dingin saya pada 26C dan kompressor akan berhenti setelah 15 minit beroperasi selama kira-kira 10 minit. Ini bermakna setiap 25 minit kompressor saya hanya berfungsi selama 15 minit sahaja berbanding dengan sebelumnya berfungsi tanpa henti. 
Kepada pihak GREE, jangan kecil hati sebab saya komen penghawa dingin anda tidak bermutu sebaliknya anda harus gembira sebab saya telah mengenalpasti masalah penghawa dingin anda di seluruh dunia. Hanya kerana anda meletakkan sensor suhu pada bahagian yang salah, pengguna menanggung bil elektrik yang tidak sepatutnya.

Sesungguhnya dengan menyembunyikan sensor suhu tersebut, pengguna akan memuji penghawa dingin anda bagus sebab sejuk tetapi mereka TIDAK TAHU bahawa bil elektrik melambung setelah memilih penghawa dingin anda.

Saya bukan jurutera mahupun pakar penghawa dingin tetapi sebagai pengguna saya berhak menguji tahap kemampuan serta kualiti barangan anda. Sila komen di bawah jika anda ada idea yang lebih baik dari apa yang telah saya lakukan di atas.

Saya juga pernah beberapa kali menghantar e-mail kepada mereka mengadu permasalahan saya seperti di atas dan tiada satu pun tindakan yang diambil. Apa pandangan anda jika menghadapi masalah yang sama seperti di atas?

Jika anda tanya saya adakah saya akan memilih produk mereka lagi di masa akan datang? Jawapan saya sudah tentu TIDAK. Apa kata anda?

Jika anda rasa terpaksa memilih penghawa dingin GREE atas sebab-sebab tersendiri, anda cuma perlu alihkan sensor tersebut seperti yang saya lakukan diatas. Kalau ikutkan hati saya, saya nak mereka bayar balik wang saya dan tak nak penghawa dingin mereka. Masa beli cepat datang rumah dan pasang tetapi bila buat aduan, satu pun tak layan. Lepas tu bagi alasan tak masuk akal. Rumah saya cuma rumah teres, penghawa dingin 2.5 h.p. (kuasa kuda) cuma mampu turunkan suhu ke 27 darjah celcius sahaja. Menyampah betul...

Sekian...
Updated on 18/10/2018 (Bil eletrik bulan july, August & Oktober)
Sebagai bukti, saya sertakan bil elektrik bulan July (sebelum memasang penghawa dingin GREE), bulan August (penghawa dingin GREE dipasang pada 10/7/2018) & bulan October (setelah saya pindahkan sensor) seperti pada gambar di atas.

Jelas kelihatan bahawa bill elektrik bulan august meningkat lebih sekali ganda berbanding bulan sebelumnya iaitu bulan july. Setelah saya pindahkan sensor tersebut pada bulan september iaitu ketika blog ini ditulis, bulan berikutnya menunjukkan penurunan bil elektrik dari RM52.75 (august) ke RM36.52 (september) & RM36.74 (october).

Nota kaki: Bil bulan September tiada disebabkan pihak SESCO tidak menghantar bil ke rumah berikutan pertukaran dari sistem dari GST ke SST. Jumlah bil bulan september ialah RM12.27 + RM24.25 = RM36.52 dan hampir sama dengan bil bulan october iaitu RM36.74.

49 comments:

  1. Aircond Gree di rumah saya pun dah mula ada masalah, baru nak dekat setahun pakai dah tak sejuk, baru call customer service, harap dapat repair apa yg patut

    ReplyDelete
  2. Terbaik boss.Blh sy tau gree model apa ni?Skrng masih ok x aircond tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aircon tak ada masalah setakat ini, cuma masa baru beli tu tak puas hati sebab kompressor tak henti berjalan akibat daripada sensor yang tidak mengesan suhu bilik. Bila buat aduan, alasan yang diberi tak logik.

      Delete
  3. baru je bercadang nak bli aircond gree.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ini aircon tu elok, jika nak juga beli aircon GREE, pindahkan saja sensor itu seperti yang saya buat di atas.

      Delete
  4. Bos guna alat apa utk dapatkan bacaan suhu bilik?
    Lagi 1, bacaan pada ekon tu bukan bacaan yg kita setkan guna remote ke? (kurang faham yg ni)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alat kesan suhu bilik itu milik jurutera GREE yang datang periksa selepas saya buat aduan.

      Bacaan pada aircon tu memang suhu yang kita setkan tetapi masalahnya ialah suhu bilik dah jauh lebih rendah daripada suhu yang kita setkan. Sepatutnya kompressor akan padam jika dah capai suhu yang kita setkan.

      Delete
  5. hurmmmmm aircond saya pon ada masalah...sy tekan fan dia paling maksimum tapi selepas setengah jam dia jadi paling slow dan tak sejuk ... bila technicion dtg dia kata licking...mcm mana encik boleh bantu saya? hilmi putrajaya 0196077769

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gas bocor, kena cari mereka yang pakar aircon untuk membaikinya. Saya cuma berjinak-jinak dengan bidang eletronik sahaja. :D

      Delete
    2. Baru rasa,nak beli, cancel tqvm info

      Delete
  6. Aircon saya dah guna dlm setahun, rasa mcm kurang sejuk dari sepatutunya mcm sebelum ni. Ada kaitan dgn ac maintenance ?

    ReplyDelete
  7. Oh mcm tue, setelah saya baca entri dan komen nie saya tak berhasrat nak beli gree. Terima kasih semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak berniat untuk memburukkan produk mereka tapi itulah pengalaman pahit saya tempuhi.

      Itu pun nasib baik saya tahu sedikit tentang aircon.

      Semua e-mail saya kepada syarikat mereka tidak pernah dijawab. Yang dtg tu cuma agen yang menjual aircon, itu pun cuma melepaskan batuk di tangga sahaja...

      Delete
  8. Brand ni mmg teruk. Sorry to say. Lain kali beli yg buatan Jepun. Aircond saya Gree baru 8 bulan sdh x sejuk. 16'c tapi mcm 30'c. Seriously menghampakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, zaman 80an/90an aircon jenama National boleh bertahan hingga 20 tahun. Harga pun cantik, RM1,850 utk 1hp 20 tahun yg lepas.

      Delete
    2. Ekon sy pun sama...jenama gree...ekon krta sy lagi sejuk...tghmlm bru sejuk

      Delete
    3. Tak cukup gas tu, mungkin ada kebocoran.

      Delete
  9. Adoi dah type panjang2 error pulak..

    Samsung inverter curved motor rosak plan..patut ganti atau beli baru?

    Tgh survey brand midea atau hisense...Tak nk pakai inverter Kos mentenen Mahal sama je nanti..

    Seller rekemen gree..haaaa??

    Ok ke midea /hisense? Pakai samsung pun ingat bagus sgt mcm2 masalah kena bocor gas,air leaking etc..motor Kong pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samsung saya dulu 1hp juga rosak compressor pada tahun ke-3, nasib baik ada warranty 5 tahun. Menurut foreman yg tukar compressor, kerosakkan adalah akibat tekanan gas yg tinggi sbb ketika baru dipasang mereka tak periksa tekanan gas. Selepas ditukar compressor baru hingga kini tiada masalah, dah 6 tahun.

      Saya tidak pasti jenama midea/hisense sbb tak pernah guna. Setakat ini saya pernah pakai National, Samsung & Gree. Paling baik pastinya National.

      Jika masih ada warranty, baiki je tp kalau dah takda warranty, tukar baru jika kos membaikinya tinggi. Ramai kawan saya kata LG boleh tahan.

      Delete
    2. Compressor leaking mybe lepas 5 thn..pernah Tanya Samsung nak ganti compressor dlm rm500+-..

      Upah org inject sealant rm250..ok dah lepas tu..

      Tetiba ni motor pulak rosak..tech aircond dtg check tkda problem dgn capacitor..kena order motor 1 Hal..takut cecah rm400++..

      2nd technician ckp pulak,ganti power box je lah tkpyh replace motor rm80 je..dia Tak dtg tp inform mcmtu lepas sy ckp psl motor rosak tu..

      So masih fikir nak panggil 2nd tech tu buat 2nd diagnose ke mcmmana..yelah Mana Tau yg 1st technician tu Tak berapa pakar..yg 2nd technician ni mmg bidang electrical+ aircond 1 apartment Saya.

      Mereka dtg bkn free,inspect pun kena bayar..Kang 2-3 technician dtg dah rm200++ Kos utk check saja..

      Tp kalau fikir,repair pun performance Samsung dh tk mcmn dulu..skamg ni kalau set 16 pun,to pernah dpt 16,plg kuat dia turun ke 20c..

      Agaknya ganti je lah baru kot?haha sorry kalau pening

      Delete
    3. Nak buat keputusan baiki atau tukar yg baru tu kadang2 memang memeningkan kepala.

      Jika saya di situasi anda, saya akan buat keputusan bedasarkan kos. Jika berbaloi dibaiki, baiki saja.

      Jika tidak berbaloi utk dibaiki, gantikan dgn yg baru. Setakat ini GREE yg saya guna di atas tu tak ada masalah lain lagi.

      Keputusan di tangan anda.

      Delete
    4. Saya tunggu quotation motor replacement..kalau takda Mahal sgt Saya ganti..kalau Mahal beli je murah2 siap pasang pun baru 800++...kalau rosak lagi lepas ni bye2 lah Samsung haha..

      Delete
  10. Alhamdulillah.. Saya pakai gree dah hampir 2 tahun. Bil bulanan rm60. Takde rosak apa2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu juga dengan saya, tiada masalah lain selain daripada apa yang saya kongsikan di atas.

      Delete
  11. Saya punya aircorn pun sama...1.0hp jenama gree baru 2 thn lbh guna...bil tiap bln melambung,tenghmlm jak baru rasa sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panggil pomen periksa, rasanya itu masalah tak cukup gas. Mungkin ada bocor.

      Delete
  12. Baru beli gree....setakat ni sensor berfungsi dgn baik....compresor cut sndri bila sampai suhu yg di minta......cuma bil xpasti lg ok ke x....Blum sebulan lg pkai.....klu ikut Dr entry bro kira jimat juga.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jimat jika sensor berfungsi dgn sempurna dan aircon kini guna gas R410A. Aircon saya 2.5HP dan bacaan ammeter cuma 7.4A sahaja.

      Delete
  13. Tq tuan untuk review. Nasib xterbeli jenama ni. Dah pilih daikin.

    ReplyDelete
  14. Berapa bacaan amp untk 2.5hp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang kepada jenama serta jenis gas yang digunakan. Rujuk kepada pelekat pada indoor/outdoor unit, biasa ada tulis berapa ampere di situ.

      Jika aircon 2.5hp lama dan guna gas R22 bacaan ampere boleh mencecah 16A.

      Delete
  15. Hai mr.herculas, saya nak tanya aircond gree ni mmg anginnya keluar sebelah sahaja ker, saya punya hnya keluar sebelah sahaja, kalau cuaca panas mmg tak rasa sejuk pon, melainkan ddk bawak aircond ni.malam barunrasa sejuk.pls bantu saya.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya angin keluar seragam untuk semua aircond, mungkin model yang cik guna itu 'special edition'. Pasal tak sejuk itu biasanya gas tak cukup atau bocor. Kena panggil jurutenik (technician) periksa.

      Delete
  16. Rumah saya baru pasang aircond gree tk smpai 2 bln dh tk sejuk Dan mati sendiri,sgt menghampakan jenama gree ni mmg teruk😓

    ReplyDelete
  17. Tq mr.hercules wong..review semua di sini sangat membantu.👍👍

    ReplyDelete
  18. Boss,i memang cadang nak beli gree..so,jenama apa yang ok ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ini aircon gree saya di atas masih elok. Masalahnya cuma sensor tidak berfungsi sebab tersembunyi. Jika nak beli juga GREE, pindahkan sensor seperti yang saya buat di atas.

      Delete
  19. Jenama National sekarang tukar ke jenama Panasonic. Pasang 3 unit AC panasonic pada 2008 sudah 12 tahun tiada sebarang kerosakan, paling penting jaga servis 6 bulan sekali.

    ReplyDelete
  20. Saya baru cadang nak ambil jenama gree ni,adakah masalah sensor ni da selesai untuk model2 gree yang terbaru ni,takut da beli nanti masalah yg sama sy akan dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak pasti dgn model terbaru gree. Yang pasti lepas saya pindahkan sensor, elok sampai hari ni.

      Delete
  21. Terima kasih Mr. Wong (Hercules Wong) A very good sharing.

    ReplyDelete
  22. Hello Mr Wong..boleh bagi pendapat mengenai aircond topaire dan samsung..non inveter..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya bukan pakar aircond, bidang saya elektronik. Saya tulis artikel ini berpandukan pengalaman saya memiliki aircond jenama GREE.

      Saya pernah guna samsung dengan kerosakkan PCB & compressor. Boleh rujuk pautan di bawah.

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2013/12/penghawa-dingin-samsung-as09r-series.html

      Delete
  23. Anda memang hebat dan bagus. Sudah menyelamatkan ramai pembeli dari kerugian. Saya salah satu daripada nya. Nasib baik tidak sempat beli lagi. Terima kasih dan teruslah berkarya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, jika anda telah terbeli, ada cara penyelesaiannya seperti telah saya lakukan di atas. Cheers!

      Delete
  24. boleh sy tau abg amik model yg mna satu..?

    ReplyDelete
  25. Hi Encik, boleh saya tahu sekiranya aircon masih berfungsi dengan baik? Adakah lepas 4 tahun penggunaan, Encik rasa berpuas hati dengan aircon ini dan recommend orang untuk beli?

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.