Wednesday 31 January 2018

Baiki seterika yang rosak

Hari ini saya kongsikan pula cara bagaimana untuk menghidupkan seterika eletrik yang mengalami kerosakan papan litar yang tidak mampu dibaiki dan tiada alat ganti.
Inilah seterika yang dimaksudkan...

Setelah dibuka bahagian pemegang seterika...
Setelah dibuka dan diperiksa secara menyuluruh, kerosakannya ialah terdapat litar pintas pada papan litar dan kompenennya terlalu halus untuk dibaiki.
Komponen yang rosak amat halus..
Oleh kerana tiada alat ganti serta di luar kemampuan saya untuk membaiki papan litar tersebut maka saya terpaksa mencari jalan lain untuk menghidupkan seterika tersebut tanpa papan litar.
buka wayer biru & merah...
Caranya mudah sahaja, buka semua wayar yang disambungkan ke papan litar dan sambung terus ke thermostat untuk mengawal tahap kepanasan seterika yang kita inginkan. Jika dilihat pada gambar di atas, wayer berwarna biru, merah & coklat disambungkan ke papan litar. Apa yang perlu dibuat ialah buka wayer biru & merah, potong wayer coklat dan sambungkan ke bahagian wayer merah yang dibuka tadi seperti pada gambar di bawah.
potong wayer coklat & sambung ke bahagian wayer merah tadi...

Periksa bahagian pemanas..
Sebelum menguji seterika tersebut, pemeriksaan pada bahagian thermostat & pemanas harus dibuat agar tiada masalah lain yang timbul kelak. Caranya ialah dengan menggunakan multimeter dan laraskan thermostat sehingga kedengaran bunyi 'klik' dan multimeter menunjukkan bacaan seperti pada gambar di atas & di bawah.
Laraskan thermostat sehingga ada bacaan...

Tested - OK

Boleh pakai seperti biasa...
Selamat mencuba...