Wednesday 8 November 2017

Baiki Alat Kawalan Jauh (remote control repair)

Tahukah anda bahawa alat kawalan jauh merupakan satu-satunya peralatan eletronik yang tidak mudah rosak. Selama saya membaiki peralatan eletronik, saya dapati benda yang tak pernah rosak ialah alat kawalan jauh (remote control).

Namun saya sering dirujuk berkenaan alat kawalan jauh yang tidak berfungsi, kenapa? Gambar berikut merupakan salah satu alat kawalan jauh yang jarang digunakan tetapi tidak berfungsi ketika dirujuk kepada saya. Menurut pemilik, dia telah menggantikan bateri tahan lasak yang baru berjenama ENERGIZER.
Alat kawalan jauh MyppTV
Setelah dibuka dan diperiksa tiada satu pun komponen di dalam alat kawalan jauh ini yang rosak. Kenapa pula ianya tidak berfungsi walaupun telah diganti dengan bateri yang baru?
Bahagian hadapan papan litar
Masalahnya ialah seperti pada gambar di bawah iaitu bahagian yang disambung ke negative (-ve) bateri telah berkarat dan tidak mengalirkan bekalan eletrik untuk kegunaan alat kawalah jauh tersebut. Apa yang anda harus lakukan ialah bersihkan karat tersebut dengan kertas pasir.
Bahagian belakang papan litar
Setelah dibersihkan karat pada bahagian -ve bekalan bateri dan dipasang kembali ternyata alat kawalan tersebut kembali berfungsi seperti biasa.
Tested - ok

Tested - OK
Persoalan saya ialah kenapa bahagian penyambung -ve alat kawalan jauh tersebut berkarat? Jawapan nya ialah kerana bateri disimpan terlalu lama sehingga bateri mengeluarkan cecair dan mengakibatkan bahagaian tersebut berkarat.

Dengan yang demikian saya mencadangkan agar jangan menggunakan bateri yang berkualiti untuk alat kawalan jauh. Cukuplah dengan bateri buatan China yang mungkin hanya bertahan beberapa bulan sahaja dan anda akan kerap menukar bateri alat kawalan jauh anda. Dengan itu tiada peluang untuk bateri rosak sehingga mengeluarkan cecair yang mengakibatkan alat kawalan jauh anda tidak berfungsi.

Ingat, yang tahan lama tidak semestinya lebih baik. Fikir-fikirkan...

8 comments:

  1. dah bersihkan pon tak boleh juga mcm mna bang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tekan butang tu ada lampu merah/hijau menyala? Kalau tidak sambungan masih tidak elok lagi. Cari & bersihkan semula. Selamat mencuba...

      Delete
  2. Encik..sy dh bukak remote tu dan salah 1 battery dah mengeluarkan cecair. Sy dh bersihkan dawai n keringkan bhgn yg lembab.tp msh x berfungsi.adakah remote tu mmg dh x boleh guna or bgaimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cecair dah meresap sampai ke papan litar, kena buka alat kawalan jauh tersebut dan bersihkan papan litar. Pastikan tiada litar pintas baru ianya akan kembali berfungsi. Selamat mencuba...

      Delete
  3. Encik sy dh tukar bateri baru tp masih keluar air . Remote berfungsi setelah tukar bateri baru. Persoalannya sy tak boleh nk buka remote utk bersihkan papan litar yg berair akibat bateri yg lama tu.. atau tiada apa2 masalah sekiranya sy biarkan sahaja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cecair bateri telah mengalir masuk ke dalam, kalau boleh buka dan bersihkan sebab cecair bateri berasid dan akan merosakkan papan litar kelak.

      Remote control ini takda skru, buka guna pisau nipis dari tepi. Selit pisau nipis dan umpil perlahan-lahan.

      Selamat mencuba...

      Delete
  4. Encik, saya baru 2 minggu beli tv. Tapi remoye dah x fungsi. Dah tukar bateri baru sama gak. Lampu infrared x nyala. Boleh repair x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau TV baru ada 'warranty', tuntut 'remote control' baru dari penjual. Kadang-kadang ada 'manufacturing defect' dan akan rosak dalam tempoh 'warranty'.

      Jika nak tahu boleh baiki atau tak, kena buka dan periksa.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.