Thursday 19 October 2017

Power Supply repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki power supply (atau juga dikenali sebagai transfomer) yang takda jenama serta model.

Transfomer ini digunakan untuk membekalkan 12V elektrik (DC) kepada CCTV, papan tanda atau apa-apa sahaja peralatan eletrik yang memerlukan voltan 12V.

Ketika dirujuk kepada saya, ianya langsung tidak mempunyai output. Setelah dibuka kelihatan fius (yang bertanda 2) & kapasitor (yang bertanda 3) pada gambar di bawah telah rosak.
Bahagian bertanda 1, 2 & 3 rosak dan harus diganti.
Jika fius putus/terbakar dan berwarna hitam, ini bermakna terdapat litar pintas pada papan litar tersebut. Kebiasaannya keadaan sebegini disebabkan oleh kerosakan diod, transistor & bridge rectifier. Setelah di periksa menyeluruh, dua transistor NPN (berlabel '1' pada gambar di atas) juga didapati rosak dan harus diganti.
Komponen yang rosak telah diganti.

Komponen-komponen yang rosak
Komponen yang rosak ialah:-
1. 2 biji transistor (2SC2625)
2. 5 biji kapasitor (1000uF, 16V)
3. sebiji fius (3A)
Siap, LED berwarna hijau menyala & voltan output menunjukkan 12V
Selamat mencuba...

Tuesday 17 October 2017

LG LED TV repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki LED/LCD TV.

Jenama: LG
Model: 22LD330-TA

Masalah ketika TV ini dirujuk kepada saya ialah tiada imej tetapi indikator berkelip-kelip & berwarna biru. Indikator akan berwarna merah jika dalam keadaan 'stand by' dan berwarna biru (tidak berkelip) jika TV telah dihidupkan.
Indikator berwarna biru & berkelip-kelip tanpa imej.
Setelah dibuka penutup bahagian belakang TV, cuma kelihatan 2 keping papan litar sahaja iaitu 'power supply' dan 'display board' seperti pada gambar di bawah.
Atas: power supply, Bawah: display board
Walaupun tiada imej, ianya bukan akibat kerosakan pada 'display board'. Secara kasar boleh kelihatan kerosakan pada beberapa biji kapasitor pada 'power supply board' seperti pada gambar di bawah.
'power supply board'

3 biji kapasitor 1000uF kelihatan kembung dan harus diganti...

Kapasitor yang bocor juga harus di ganti
Untuk makluman, sekiranya nilai bacaan kapasitor telah menurun 10%, ianya harus diganti agar peralatan eletrik berfungsi di tahap yang optimum.
1000uF cuma tinggal 495uF (Harus di tukar)

Kapasitor baru, 1005uF
Setelah di ganti kesemua kapasitor yang rosak, TV ini kembali berkhidmat seperti biasa.
Yeah... ada imej sudah...

Thursday 12 October 2017

MERCK Intellectual treadmill repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki sebuah treadmill yang telah berusia 10 tahun. Setelah menghubungi pihak pengedar, saya dimaklumkan bahawa tiada lagi keluaran model treadmill tersebut dan begitu juga dengan alat gantinya.

Treadmill yang dimaksudkan berjanama MERCK, model: Intellectual. Ketika treadmill tersebut dirujuk kepada saya ianya langsung tidak berfungsi selain daripada kerosakkan pada running belt yang dapat dilihat pada gambar di bawah.
Bahagian luaran kelihatan 'running belt' telah rosak...
Oleh kerana tiada alat ganti dari pihak pengedar/pengeluar, saya terpaksa cuba untuk membaiki mana-mana yang rosak. Setelah dibuka, komponen yang kelihatan didalam treadmill tersebut ialah papan litar utama, inverter, jek & motor seperti pada gambar di bawah.
Memandangkan treadmill tersebut langsung tak berfungsi, saya menjangkan kerosakkan ialah pada "power supply" seperti pada gambar di bawah.
Papan litar utama

Begini lah rupa papan litar utama selepas dibuka

Transformer di bawah papan litar utama
Setelah diperiksa, masalah ketiadaan belakalan elektrik adalah disebabkan oleh kerosakan pada transformer seperti pada gambar di bawah.
Transformer bahagian sekunder telah rosak
Transformer yang digunakan juga menghadapi masalah untuk mendapatkan alat ganti disebabkan output transformer tersebut memerlukan 9V/2A dan 12V/0.3A. 
Oleh kerana tiada alat ganti di pasaran, saya terpaksa mengubahsuai dengan memasang 2 biji transformer untuk membekalkan elektrik 9V & 12V kepada papan litar utama tersebut seperti gambar di atas.
Yeah... dah berfungsi...

Inverter berjenama "ALTIVAR 11" buatan Perancis (France)
Gambar di atas merupakan inverter yang digunakan untuk mengawal kelajuan motor pada treadmill. Memandangkan treadmill tersebut telah lama tidak digunakan, 'setting' pada inverter juga banyak yang tak sesuai dan harus di 'calibrate' semula.

Anda boleh mendapatkan panduan menukar 'setting' pada inverter tersebut disini
Running belt yang baru
Setelah treadmill tersebut telah kembali berfungsi, kini giliran untuk menukar 'running belt' pada treadmill tersebut. Untuk makluman, saya juga menghadapi masalah untuk mendapatkan alat ganti untuk 'running belt' tersebut dan terpaksa mencari penggantinya secara online. Saya membeli 'running belt' tersebut secara online disini.

Gambar berikut menunjukkan bahagian yang harus dibuka untuk mengeluarkan 'running belt' tersebut.
allen key bahagian belakang harus dibuka

allen key pada bahagian hadapan juga harus dibuka

setelah roller depan dibuka

sensor kelajuan

dah telanjang setelah dikeluarkan 'running belt'

running belt lama rosak & koyak

Running deck

Pandai buka, kena pandai pasang kembali...
Setelah dibaiki, kini saya yakin treadmill tersebut boleh berkhidmat selama 10 tahun lagi...

Sunday 1 October 2017

Cara Memeriksa Transistor

Secara amnya transistor terbahagi kepada 2 jenis iaitu PNP & NPN.

Saya malas nak terangkan cara untuk mengetahui samada transistor tersebut adalah PNP atau NPN, Sila tonton video klip berikut.