Friday 1 July 2016

Satria GTi hilang dijumpai namun dilarikan pencuri semula

Kereta Satria GTi saya telah hilang pada 04/06/2016, namun pada 23/6/16 saya terjumpa kereta tersebut dan setelah diperiksa dan yakin kereta tersebut adalah kereta saya yang telah diubahsuai, saya membuat laporan polis. Nasib tidak menyebelahi saya di mana pencuri telah sekali lagi melarikan kereta tersebut dan hampir melanggar saya sebelum polis peronda tiba.

Begini lah rupa kereta saya ketika dijumpai...

Polis peronda sempat mengejar namun gagal. Berikut merupakan kejadian yang berlaku:-

  1. Setiap hari bila ada masa terluang saya akan mencari kereta saya yang hilang. Ketika terjumpa (walaupun telah diubah suai) saya masih cam kereta tersebut adalah milik saya yang hilang.
  2. Setelah diperiksa dan yakin 100% ianya kereta milik saya, saya menelefon bilik gerakan di talian 085-433730 dan polis peronda menelefon saya dlm masa kira-kira beberapa minit menanyakan lokasi saya ketika itu.
  3. ketika saya berinteraksi dengan polis peronda, pencuri telah menghampiri kereta tersebut dan membuka pintu kereta dan menyebabkan pengera kereta berbunyi. Pencuri meminta bantuan mekanik kedai di mana kereta tersebut dipakir memadamkan pengera. Setelah pengera dimatikan, pencuri menghidupkan kereta & terus lari dan hampir melanggar saya sebab saya berada di hadapan kereta.
  4. Pada masa yang sama, polis peronda pun muncul dan mengejar namun gagal. Polis peronda telah menasihatkan saya agar membuat laporan polis sejurus selepas itu.
  5. Apa yang mengecewakan saya bila tiba di balai polis, pihak polis tidak mahu mengambil laporan saya disebabkan kereta belum dijumpai dan laporan lepas diguna pakai. Sebenarnya tujuan saya membuat laporan semula ialah ingin memberi info yang saya dapat ketika menjumpai kereta tersebut. Bagaimana pihak polis membuat siasatan tanpa info?
Antara ubah suai yang telah dibuat oleh pencuri ialah:-
  1. Nombor pendaftaran telah bertukar ke WFC5283 (No. asal QKW5586)
  2. bumper depan telah di tukar
  3. lampu signal tepi juga di tukar
  4. lampu brek belakang di tukar
  5. bonet belakang ditukar
  6. keempar-empat rim/tayar juga di tukar
  7. semua cermin gelap
Pihak polis telah menyiasat dan nombor pendaftaran yang digunakan ialah kereta yang telah mengalami kemalangan dan tidak dibaiki. Jenis kereta tersebut juga Satria tetapi 1.3L. Saya juga sempat melihat cukai jalan yang dilekatkan pada cermin kereta di mana cukai jalannya cuma RM55 setahun. Satria GTi kena bayar dua ratus lebih setahun untuk cukai jalan.

Kini saya cuma tunggu siasatan polis dengan harapan kereta saya dijumpai semula...

Jika pencuri terbaca blog ini, tolong pulangkan kereta saya. Kereta itu sungguh bermakna dlm sejarah hidup saya. Tiada intan berlian mahupun wang ringgit boleh menggantikannya. Sesungguhnya walaupun hanya sebuah kereta, namun kehilangannya adalah sama seperti kehilangan org tersayang dlm hidup kita...

Jika anda terjumpa atau mempunyai info, tolong khabarkan kepada saya di talian 011-369 10799. Jasa baik anda semua amat dihargai. Terima Kasih...






Tuesday 7 June 2016

Proton Satria GTi ku telah hilang di curi orang...

Jika anda mengikuti blog saya dari mula, sudah pasti anda tahu bahawa saya memiliki sebuah Proton Satria GTi. Kereta tersebut telah didaftarkan pada 13/02/2004 dan hilang di curi orang pada 04/06/2016. Selama 12 tahun bersama saya, kereta tersebut sungguh bermakna dan mempunyai 'sentimental value' dalam hidup saya.

Untuk makluman, kereta tersebut saya dapat dari peraduan sms pada penghujung tahun 2003 dan ceritanya anda boleh baca di sini.

Laporan polis juga telah dibuat pada hari kejadian dan saya yakin pihak PDRM juga berusaha untuk mengesan kereta saya.

Ini lah rupa Satria GTi sebelum di curi orang...

Kereta Proton Satria GTi merupakan keluaran terhad dan saya yakin tak sampai 5 buah sahaja di Miri, Sarawak. Setelah saya sedari kehilangan kereta saya, saya telah viralkan di laman FB di sini, sini dan juga di sini. Banyak yang perihatin namun sehingga blog ini di tulis, kereta tersebut belum dijumpai lagi.

Pihak akhbar juga amat perihatin dengan menyiarkannya pada hari berikut dan anda boleh baca di sini.

Kepada sesiapa yang terbaca blog ini, saya memohon jasa baik anda semua untuk sama-sama membantu mengesan kereta saya. Jasa baik anda semua amatlah saya hargai dan semoga kereta tersebut dapat dijumpai dalam keadaaan yang sempurna seperti sebelum di curi...

Berikut merupakan butiran kereta saya:-

Nombor pendaftaran: QKW5586
Nombor injin: 4G93P-KN0171
Nombor Cesis: PL1C99MNR3B061722
Cukai jalan tamat pada: 07/04/2017

Sesungguhnya, kehilangan kereta kesayangan adalah sama seperti kehilangan orang yang amat kita sayangi...

Tiada maaf kepada pencuri serta pemilik haram kini sampai bila-bila, semoga hidup merana dunia dan akhirat!

Wednesday 9 March 2016

Gerhana Matahari - 06/03/2016

Fenomena Gerhana Matahari jarang berlaku dan kali terakhir saya melihat dengan mata sendiri ialah pada tahun 2010. Jika anda ingin melihat dengan mata sendiri, kejadian gerhana matahari ini akan berulang lagi pada 26/12/2019.

Untuk makluman, gerhana matahari terjadi ketika kedudukan bumi, bulan dan matahari dalam satu garisan lurus dan bahagian matahari yang tidak kelihatan itu dilindungi oleh bulan. Berikut merupakan rakaman gambar yang sempat saya ambil pagi tadi.
08:07hrs
08;28hrs
08:35hrs
08:40hrs
08:50hrs
09:00hrs
09:15hrs