Sunday 11 October 2015

Glowing Blue Waves (Blue Tears)

Baru-baru ini, Miri, Sarawak telah digemparkan dengan satu fenomena yang jarang berlaku iaitu di mana ombak laut mengeluarkan cahaya yang berwarna biru. Kejadian ini telah bermula pada penghujung bulan september tahun ini dan saya sendiri telah menyaksikannya pada 05/10/2015 & 06/10/2015 di dua lokasi yang berbeza seperti pada gambar di bawah.
Pantai Tusan (06/10/2015)
Kejadian ini juga dikenali sebagai "Blue Tears" atau "Glowing Blue Waves" dan jarang berlaku di dunia. Untuk makluman, ini merupakan kali pertama saya melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. ;)
Pantai Tusan (06/10/2015)
Warna biru dihasilkan oleh tumbuhan marin yang dikenali sebagai "phytoplankton". Jika anda berpeluang mengambil air laut yang mengandungi 'phytoplankton', anda boleh mengisi air laut di dalam botol. Warna biru hanya kelihatan jika anda mengoncang air laut yang mengandungi 'phytoplankton'.
Pantai Tusan (06/10/2015)
Jika anda berada di mana-mana pantai yang mempunyai 'blue tears', anda hanya perlu mengacau air laut tersebut dan warna biru akan muncul. Jika anda berjalan di gigi pantai, bekas tapak kaki yang telah anda pijak juga akan menghasilkan warna biru. Warna biru tersebut akan hilang dalam beberapa saat sahaja.
Batu Satu, Kuala Baram (05/10/2015)

Kejadian 'blue tears' ini mengingatkan saya kepada satu cerita hollywood 'AVATAR' di mana kesan tapak kaki yang berwarna biru terhasil apabila dipijak.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.