Sunday 11 October 2015

Glowing Blue Waves (Blue Tears)

Baru-baru ini, Miri, Sarawak telah digemparkan dengan satu fenomena yang jarang berlaku iaitu di mana ombak laut mengeluarkan cahaya yang berwarna biru. Kejadian ini telah bermula pada penghujung bulan september tahun ini dan saya sendiri telah menyaksikannya pada 05/10/2015 & 06/10/2015 di dua lokasi yang berbeza seperti pada gambar di bawah.
Pantai Tusan (06/10/2015)
Kejadian ini juga dikenali sebagai "Blue Tears" atau "Glowing Blue Waves" dan jarang berlaku di dunia. Untuk makluman, ini merupakan kali pertama saya melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. ;)
Pantai Tusan (06/10/2015)
Warna biru dihasilkan oleh tumbuhan marin yang dikenali sebagai "phytoplankton". Jika anda berpeluang mengambil air laut yang mengandungi 'phytoplankton', anda boleh mengisi air laut di dalam botol. Warna biru hanya kelihatan jika anda mengoncang air laut yang mengandungi 'phytoplankton'.
Pantai Tusan (06/10/2015)
Jika anda berada di mana-mana pantai yang mempunyai 'blue tears', anda hanya perlu mengacau air laut tersebut dan warna biru akan muncul. Jika anda berjalan di gigi pantai, bekas tapak kaki yang telah anda pijak juga akan menghasilkan warna biru. Warna biru tersebut akan hilang dalam beberapa saat sahaja.
Batu Satu, Kuala Baram (05/10/2015)

Kejadian 'blue tears' ini mengingatkan saya kepada satu cerita hollywood 'AVATAR' di mana kesan tapak kaki yang berwarna biru terhasil apabila dipijak.

Thursday 23 April 2015

Baiki Motherboard CPU - ACER EG31M V1.1.

Dewasa ini komputer merupakan sesuatu yang mesti dan harus dimiliki oleh setiap individu walaupun telefon pintar kini telah mulai mengambil alih sebahagian besar tugasan komputer. Namun jika komputer anda mengalami masalah, kebiasaannya anda akan menghantarnya ke kedai komputer untuk dibaiki.

Sekiranya masalah melibatkan motherboard, jurutenik akan memberitahu anda bahawa ianya tidak dapat dibaiki dan harus diganti dengan yang baru. Harga sekeping motherboard mencecah ratusan ringgit dan bergantung kepada jenama serta kemampuannya. 

Kebiasaannya ketika motherboard rosak, masalah yang sering timbul ialah tiada motherboard versi tersebut lagi di pasaran disebabkan telah ditamatkan pengeluarannya atas sebab ada versi yang lebih canggih telah dicipta. Mahu tak mahu anda terpaksa beli CPU yang baru atau mungkin gantikan sahaja dengan motherboard versi yang baru.

Tahukah anda bahawa sebenarnya motherboard boleh dibaiki? Berikut merupakan motherboard ACER yang telah saya baiki. Untuk makluman, masalah yang dihadapi ialah komputer tersebut boleh dihidupkan namun berakhir dengan 'reboot' tanpa membuka atau memasuki 'windows'.

Motherboard ACER EG31M V1.1.
kerosakan dijumpai - kapasitor yang harus diganti...

Kapasitor yang rosak biasanya akan kembung pada bahagian belakang dan mengeluarkan cecair yang berwarna kekuningan seperti pada gambar di atas dan harus diganti.

Kos sebiji kapasitor cuma RM4 sahaja...
Kapasitor yang rosak telah dikeluarkan dari papan litar...
Gantikan dengan kapasitor yang baru...
Pastikan bacaan kapasitor adalah sama - 1800uF, 6.3V
Pastikan anda tahu +ve & -ve pada kapasitor

Untuk makluman, terdapat 2 jenis kapasitor iaitu AC (Alternative current) & DC (Direct current). Dalam komputer semua kapasitornya jenis DC dan ketika menggantikannya pastikan -ve & +ve tidak dipasang terbalik. Bahagian yang berwarna putih pada papan litar ialah -ve. Sekiranya di pasang terbalik, anda akan merosakkan keseluruhan motherboard tersebut ketika cuba menghidupkan komputer tersebut.

Bahagian belakang papan litar...
Patrikan dengan kemas...
Siap - potong bahagian yang tidak berkenaan supaya nampak kemas.

Sekiranya anda tidak pandai melakukan sendiri untuk menukar kapasitor tersebut, anda boleh lah menghantarnya ke kedai eletronik untuk mendapatkan khidmat pakar mereka.

Selamat mencuba...