Thursday 23 January 2014

Baiki brek hadapan motosikal YAMAHA Y110ss

Inilah motosikal YAMAHA Y110ss saya

Motosikal Yamaha Y110ss saya kini telah berusia 21 tahun dan masih gah dijalanan seperti biasa. Kebelakangan ini brek hadapan pula mengalami masalah iaitu tidak berfungsi dengan baik. Berikut merupakan langkah-langkah untuk membaikinya.
Buka penutup serta apa yang patut

Tanggalkan pam brek bahagian atas dari motosikal

Bahagian yang harus di ganti

Alat ganti - RM38.00

atas - baru, bawah - rosak

Setelah dibersihkan, masukkan alat ganti yang baru

masukkan 'washer' dahulu

Selepas masukan 'washer', barulah masukkan klipnya

Gantikan juga penutup getahnya agar tidak terdedah kepada kotoran

Serviskan juga pam brek bahagian bawah

kotor dan perlu dibersihkan

Setelah dibersihkan, pasang kembali apa yang telah dibuka
1. Setelah siap pam brek bahagian bawah diservis, pasangkan kembali pistonnya. Jangan masukkan keseluruhan piston tersebut, cukup sekadar menutupi bahagian getah (seal) sahaja agar minyak tidak bocor ketika diisi. Kemudian isi minyak brek sehingga penuh sebelum disambung ke bahagian atas pam brek.

2. Bila pam brek bahagian bawah dan atas telah dikunci ketat barulah masukkan keseluruhan piston bahagian bawah pam brek tadi. Tekan masuk piston tersebut dengan menggunakan spanar yang besar sehingga minyak brek memasuki bahagian atas pam.

3. Pasang kembali 'disc pad' serta keseluruhan bahagian yang telah dibuka tadi dan barulah picit pemegang brek sehingga ianya berfungsi. Akhir sekali isikan minyak brek sehingga mencukupi dan kunci penutup pam brek bahagian atas.

Peringatan: Cuci semua bahagian berkaitan brek dengan air sahaja.

Selamat mencuba...

2 comments:

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.