Saturday 28 December 2013

Spark Plug Cable/Ignition cables (kabel pencucuh) - Satria GTi

Masalah kerosakan kabel pencucuh untuk kereta Satria GTi saya telah lama wujud dan harga kabel yang baru ialah RM400++. Memandangkan harga kabel tulen teramat mahal dan tiada alat ganti tulen buat masa ini walaupun di pusat servis PROTON, maka saya cuba kabel 'aftermarket' yang lebih murah.
504Ω (jenama MASTECH, tak boleh pakai...)
Kabel pertama yang saya cuba berjenama MASTECH (4 core), 10mm,  dengan harga RM110.00 dari kedai alat ganti tempatan. Kabel tersebut cuma bertahan sebulan sahaja.
Beli online di sini, jenama QUARDCORE tapi juga tak boleh pakai...
345Ω (QUARDCORE)
Kabel kedua pula saya beli secara online dan menurut penjualnya ianya berjenama QUARDCORE, juga 10mm, buatan USA dengan harga RM140.00. Setelah tiba melalui poslaju dan puas membelek kotak serta kabel tersebut namun tiada satu perkataan QUARDCORE pun yang saya jumpai. Di luar kotak pula tertera 8mm sahaja tetapi kabel yang dihantar 10mm. Kena tipu la pula.... Kabel ini cuma bertahan seminggu sahaja...
Kabel asal, 10,410Ω (8mm sahaja)
Untuk makluman, masalah yang dihadapi apabila kabel pencucuh bermasalah ialah kelancaran pemanduan terjejas ketika bergerak perlahan (rpm 1000 ke 2000) namun setelah meluncur laju, tiada masalah kelancaran pemanduan.

Masalah kelancaran pemanduan yang saya maksudkan ialah kereta kehilangan daya pecutan ketika mula memecut dan terdapat 'misfire'. 
Heat shrink tube, RM8/meter
Setelah menghabiskan ratusan ringgit dan hanya bertahan seketika sahaja, maka saya cuba pula DIY dengan membaiki kabel asal. Apa yang saya lakukan ialah dengan membungkus bahagian penyambung ke palam pencucuh (spark plug) dengan 'heat shrink tube' dan berikut merupakan langkah-langkannya.
sukat & potong 'heat shrink tube'...

masukkan 'heat shrink tube'...

Panaskan dengan pemetik api...

Siap...
Setelah selesai membaiki keempat-empat kabel tersebut dan diuji, ternyata masalah kehilangan daya pecutan serta 'misfire' telah tiada lagi. Mudah-mudahan ianya boleh bertahan lama sementara menunggu kabel tulen dari pusat servis PROTON.

Banyak kabel pencucuh 'aftermarket' di pasaran mempromosikan kelebihan kabel mereka dengan rintangan rendah seperti yang anda boleh lihat pada gambar-gambar di atas.

MASTECH - 504Ω
QUARDCORE - 345Ω
Kabel asal - 10,410Ω

Kabel rintangan tinggi lebih baik atau kabel rintangan rendah? Dari pengalaman saya di atas saya memilih kabel rintangan tinggi. Apa kata anda? 
Kabel tulen Proton Waja Campro - 6,300Ω

2 comments:

  1. Smakin tgi rintangan smkin rendan current flow...rintangan rendah smkin kuat current flow

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara teori, itu yang saya belajar di sekolah dulu-dulu namun kabel asal dengan rintangan tinggi lebih baik dari percubaan saya di atas. Mungkin kabel yang rintangan rendah di atas tidak berkualiti. Kabel asal ada kebocoran elektrik dan setelah saya balut dengan 'heat shrink tube' ianya boleh digunakan sehingga kereta saya dicuri...

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2016/06/proton-satria-gti-ku-telah-hilang-di.html?m=1

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.