Friday 22 November 2013

Mengenal pasti masalah alternator kereta

Beberapa hari yang lepas rakan sekerja saya mengadu bahawa keretanya (Proton Wira 1.5) sering tidak boleh dihidupkan selepas beberapa hari digunakan walaupun bateri baru. Saya juga pernah dihubunginya untuk membantu menghidupkan keretanya berikutan bateri keretanya kehabisan cas dan memerlukan bantuan 'jumper'.

Memandangkan bateri telah ditukar, maka saya berpendapat alternatornya telah rosak dan tidak mampu mengecas semula bateri keretanya. Cara untuk mengenal pasti kerosakan alternator ialah seperti berikut:-
Jika anda mempunyai multimeter, bacaan voltan ketika enjin kereta tidak dihidupkan ialah di bawah 13V dan setelah enjin dihidupkan pula ialah di atas 14V seperti pada gambar di bawah. Sekiranya bacaan sebelum & selepas enjin dihidupkan adalah sama, maka masalahnya ialah pada alternator sebab tidak mengecas bateri tersebut ketika kenderaan telah dihidupkan.
Bacaan voltan sebelum enjin kereta dihidupkan
Bacaan voltan selepas enjin kereta dihidupkan
Sekiranya anda tidak mempunyai multimeter, maka anda boleh menggunakan cara alternatif iaitu dengan menanggalkan salah satu sambungan bateri (+ve atau -ve) ketika enjin kereta dihidupkan. Sekiranya enjin kenderaan padam selepas sambungan bateri ditanggalkan maka masalahnya ialah pada alternator sebab tidak menjana eletrik untuk kegunaan kereta tanpa bateri.

Sekiranya alternator telah disahkan rosak, anda ada beberapa pilihan untuk mendapatkan penggantinya.
  1. Alternator baru
  2. Alternator terpakai (reconditioned)
  3. Alternator rebuild
  4. Hantar ke kedai alternator untuk pemeriksaan. kadang-kadang hanya perlu menggantikan 'carbon brush' sahaja dan boleh digunakan semula.
Alternator rebuild, proton wira 1.5 (RM150.00)
Alternator reconditioned, proton wira 1.5 (RM180.00)
Sebelum (alternator lama)
Selepas (alternator baru - rebuild)

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.