Tuesday 13 August 2013

Hujan Meteor @ 13/8/2013

Seperti yang dilaporkan oleh bernama, fenomena pancuran meteor Perseid dari buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa seawal pukul 11:00 malam semalam (12/8/2013) sehingga subuh (13/8/2013).

Malam semalam saya menunggu sehingga pukul 1:00 pagi dan tiada tahi bintang yang kelihatan. Namun subuh tadi saya sempat terlihat sebiji tahi bintang melintasi ruang angkasa kita iaitu kira-kira pada pukul 4:45 pagi. Kejadian berlaku sekelip mata sahaja dan tahi bintang tersebut bergerak dari arah utara ke selatan ruang angkasa.

Ini merupakan kali ke-3 saya melihat tahi bintang. Kali pertama saya meihat tahi bintang ialah ketika di bangku sekolah rendah dengan ayah saya di kampung (tahun 80an). Kali kedua pula ialah ketika saya bekerja di Batu Niah (tahun 90an).

Gambar berikut di rakam pada pukul 4:59 pagi dan tiada tahi bintang yang kelihatan selepas satu-satunya tahi bintang yang muncul di depan mata saya pada pukul 4:45 pagi untuk rakaman kamera saya.
Ini saja yang saya dapat pagi tadi dari pukul 4:30am sehingga 5:30am

Gambar hiasan (Tahi bintang yang saya nampak pagi tadi menyerupai gambar ini...)

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.